Connect with us

Terkini

Mufti, agamawan penting kuasai media sosial

Penguasaan media sosial dalam kalangan mufti serta ahli agamawan kini semakin penting supaya dapat memberi penjelasan terhadap apa-apa isu berkaitan agama menerusi platform tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Mufti, agamawan penting kuasai media sosial
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Penguasaan media sosial dalam kalangan mufti serta ahli agamawan kini semakin penting supaya dapat memberi penjelasan terhadap apa-apa isu berkaitan agama menerusi platform tersebut.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini memandangkan masyarakat kini bergantung kepada kecanggihan media sosial untuk merujuk apa-apa perkara.
  • “Islam sesuai untuk tempat dan juga zaman. Dalam konteks sekarang, zaman ini adalah zaman teknologi. Sama ada kita suka atau tidak, ini memang zaman teknologi yang telah berubah begitu pantas. Jadi kalau golongan agamawan tidak mengambil pendekatan untuk mempelajari perkembangan media sosial yang begitu cepat bergerak, kita akan ketinggalan. Anak-anak muda terbiasa dengan teknik menerima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka melalui media sosial,” katanya.

KUALA KANGSAR: Penguasaan media sosial dalam kalangan mufti serta ahli agamawan kini semakin penting supaya dapat memberi penjelasan terhadap apa-apa isu berkaitan agama menerusi platform tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini memandangkan masyarakat kini bergantung kepada kecanggihan media sosial untuk merujuk apa-apa perkara.

Beliau khuatir sekiranya golongan pakar agama enggan ke depan, maka ruang media sosial akan diisi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sekali gus berisiko menyebarkan kekeliruan dalam masyarakat.

“Islam sesuai untuk tempat dan juga zaman. Dalam konteks sekarang, zaman ini adalah zaman teknologi. Sama ada kita suka atau tidak, ini memang zaman teknologi yang telah berubah begitu pantas. Jadi kalau golongan agamawan tidak mengambil pendekatan untuk mempelajari perkembangan media sosial yang begitu cepat bergerak, kita akan ketinggalan. Anak-anak muda terbiasa dengan teknik menerima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka melalui media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke Seminar Antarabangsa Pemikiran Mufti Harussani yang diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini hari ini.

Turut hadir Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Naib Canselor USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof.

Berkenaan seminar yang diadakan, Menteri itu menyambut baik penganjuran tersebut apabila mengumpulkan para ilmuan bagi mengupas dan mengangkat kembali sumbangan serta pemikiran Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria.

Penganjuran tersebut bakal memperlihatkan pembentangan beberapa tajuk berkaitan kemajuan institusi Islam di negara ini yang melibatkan Allahyarham Harussani secara langsung dan tidak langsung.

Tambah Mohd. Na’im, beliau mengharapkan apa sahaja bentuk pemikiran dan sumbangan tokoh agama tersebut yang dibentangkan dalam seminar itu dapat dibukukan supaya menjadi karya penting untuk dibaca oleh masyarakat.

Allahyarham Harussani merupakan Mufti Perak untuk tempoh 36 tahun dari 1985 sehingga beliau meninggal dunia pada 30 Mei 2021 sewaktu dirawat kerana positif Covid-19.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending