Terkini
Malaysia minta negara pengeksport beras dalam ASEAN utamakan anggota
Malaysia berharap negara pengeksport utama beras dalam ASEAN, dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya.

- Malaysia berharap negara pengeksport utama beras dalam ASEAN, dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya.
- Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata saranan itu akan dibawa Malaysia dalam sesi perbincangan dua hala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 hari ini.
- “Mungkin pada sesi bilateral, akan dibangkitkan seperti kita mahu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan eksport beras kepada negara anggota ASEAN.
- “Itu kita akan buat pada sesi bilateral. Dia bukan secara umumnya, kerana bukan semua negara ASEAN ada beras,” katanya ditemui media selepas merasmikan AMAF ke-45 di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap negara pengeksport utama beras dalam ASEAN, dapat mengutamakan bekalan makanan ruji itu kepada negara anggotanya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata saranan itu akan dibawa Malaysia dalam sesi perbincangan dua hala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 hari ini.
“Mungkin pada sesi bilateral, akan dibangkitkan seperti kita mahu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara supaya meletakkan keutamaan eksport beras kepada negara anggota ASEAN.
“Itu kita akan buat pada sesi bilateral. Dia bukan secara umumnya, kerana bukan semua negara ASEAN ada beras,” katanya ditemui media selepas merasmikan AMAF ke-45 di sini hari ini.

Foto: Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45.
Sesi perbincangan dua hala Malaysia dan anggota ASEAN dijadual berlangsung petang ini, dengan Malaysia diketuai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Selain Jepun, sesi perbincangan dua hala itu akan diadakan bersama dengan Thailand serta Institut Kajian Ekonomi untuk ASEAN.
Thailand dan Vietnam adalah antara pengeluar beras utama ASEAN ketika ini.
Sementara itu, ditanya isu tular berkaitan rungutan petani kononnya harga padi menurun sejak 63 tahun, Foong Hin berkata, dakwaan itu akan diteliti dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
“Pagi ini menteri sedang dalam mesyuarat Kabinet. Memang ada perbincangan tentang isu beras,” katanya.
Mengulas mengenai Task Force Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih (OP BPT), beliau berkata, operasi oleh agensi terlibat nanti akan dilakukan secara tertutup.
“Kelmarin kita baru adakan mesyuarat yang pertama untuk muktamadkan (gerak kerja) taskforce ini untuk operasi bersepadu beras putih tempatan.
“Ini operasi bila-bila masa saja akan bermula. Sekarang apa yang kita buat bukan lawatan. Apa yang akan kita lakukan adalah secara tertutup,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas