Connect with us

Terkini

Liat bayar pinjaman pendidikan MARA, tapi gaya hidup mewah – Asyraf Wajdi 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu meminta untuk dilepaskan dari tindakan mahkamah kerana tidak membayar pinjaman pendidikan, namun dilihat mampu hidup mewah.

Hidayah Sani

Published

on

Liat bayar pinjaman pendidikan MARA, tapi gaya hidup mewah – Asyraf Wajdi 
Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu meminta untuk dilepaskan dari tindakan mahkamah kerana tidak membayar pinjaman pendidikan, namun dilihat mampu hidup mewah.
  • Beliau berkata insiden sedemikian menunjukkan pentingannya ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan.
  • ““Dr, saya nak mohon pertimbangan untuk bantu lepaskan tindakan mahkamah MARA terhadap saya. InsyaAllah saya akan mulakan bayar balik pinjaman pelajaran yang tertunggak”. Demikianlah sebahagian daripada mesej yang saya terima daripada seorang hamba Allah.
  • “Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
  • Asyraf Wajdi berkata kelompok itu juga perlu sedar keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.

KUALA LUMPUR —- Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hairan apabila ada peminjam institusi itu meminta untuk dilepaskan dari tindakan mahkamah kerana tidak membayar pinjaman pendidikan, namun dilihat mampu hidup mewah.

Beliau berkata insiden sedemikian menunjukkan pentingannya ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan.

““Dr, saya nak mohon pertimbangan untuk bantu lepaskan tindakan mahkamah MARA terhadap saya. InsyaAllah saya akan mulakan bayar balik pinjaman pelajaran yang tertunggak”. Demikianlah sebahagian daripada mesej yang saya terima daripada seorang hamba Allah.

“Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat.

“Inilah antara kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata kelompok itu juga perlu sedar bahawa keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.

“Ini kerana dosa tidak membayar hutang jauh lebih besar sehinggakan Nabi memperingatkan bahawa dosa orang mati syahid diampunkan Allah semuanya kecuali hutang,” katanya.

Sebelum ini, beliau mendedahkan ramai peminjam MARA memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang, bagaimanapun beliau menegaskan hanya boleh membantu menstrukturkan semula hutang serta jadual pembayaran balik.

Katanya, bukan hak beliau untuk menghapuskan hutang peminjam kerana wang MARA merupakan wang rakyat.

Pada Mac lalu, Asyraf Wajdi menasihati peminjam yang berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman supaya berbincang dengan agensi berkenaan.

Katanya, peminjam boleh berhubung dengan MARA untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sekiranya benar-benar berada dalam kesusahan. —- The Merdeka Times

Sumber : Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending