Connect with us

Antarabangsa

Konflik Palestin-Israel: Beberapa peserta tarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt

Ketegangan perang Israel-Palestin yang semakin memburuk turut memberi kesan kepada Pesta Buku Frankfurt.

Wartawan TMT

Published

on

Konflik Palestin-Israel: Beberapa peserta tarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketegangan perang Israel-Palestin yang semakin memburuk turut memberi kesan kepada Pesta Buku Frankfurt.
  • Ini apabila beberapa peserta yang biasanya menyertai acara perdagangan penerbitan terbesar di dunia itu mengambil keputusan menarik diri, juga mencetuskan kecaman daripada penulis terkemuka dunia.
  • Ia termasuk Malaysia mengambil tindakan bersama kumpulan lain seperti Sharjah Book Authority dan Arab Publishers Association yang menarik diri daripada acara Pesta Buku Frankfurt ke-75, berlangsung dari semalam hingga Ahad itu.
  • Tarikh pesta buku bermula pada Rabu itu adalah lebih seminggu selepas Hamas melancarkan serangan paling maut dalam sejarah Israel, mendorong Israel bertindak balas dengan kempen pengeboman tanpa henti di Semenanjung Gaza.
  • Penganjur dengan pantas mengecam serangan Palestin dan bergegas untuk menyusun semula jadual, berjanji suara Israel akan dipaparkan secara menonjol.

Berlin: Ketegangan perang Israel-Palestin yang semakin memburuk turut memberi kesan kepada Pesta Buku Frankfurt.

Ini apabila beberapa peserta yang biasanya menyertai acara perdagangan penerbitan terbesar di dunia itu mengambil keputusan menarik diri, juga mencetuskan kecaman daripada penulis terkemuka dunia.

Ia termasuk Malaysia yang mengambil tindakan bersama kumpulan lain seperti Sharjah Book Authority dan Arab Publishers Association yang menarik diri daripada acara Pesta Buku Frankfurt ke-75, berlangsung dari semalam hingga Ahad itu.

The National News melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia sudah menarik diri daripada mengambil bahagian, mendakwa penganjur mengambil sikap pro-Israel, di tengah-tengah perpecahan global yang semakin meningkat berhubung konflik berterusan antara tentera Zionis Israel dan Palestin.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan keganasan Israel di Palestin, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Keputusan (untuk menarik diri) adalah selaras dengan pendirian kerajaan untuk bersolidariti dan menawarkan sokongan penuh untuk Palestin,” kata Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin.

Beberapa kumpulan industri penerbitan Arab juga mengumumkan pada hujung minggu bahawa mereka akan menarik diri daripada acara itu.

Ini termasuk Sharjah Book Authority yang mengatakan bahawa pihaknya memperjuangkan peranan budaya dan buku untuk menggalakkan dialog dan persefahaman antara orang ramai.

“Kami percaya bahawa peranan seperti ini lebih penting daripada sebelumnya,” katanya.

Persatuan Penerbit Emeriah mengeluarkan kenyataan yang sama, dan Persatuan Penerbit Arab di Mesir juga menarik diri.

Pihak penganjur menerusi pengarahnya Juergen Boos, enggan mengulas mengenai keputusan peserta pameran berkenaan.

“Pameran itu terbuka kepada pengarang, penerbit, penterjemah dan peminat sastera dari seluruh dunia.

“Ia adalah platform untuk kedua-dua suara Israel dan Palestin,” tegas Boos.

Tarikh pesta buku bermula pada Rabu itu adalah lebih seminggu selepas Hamas melancarkan serangan paling maut dalam sejarah Israel, mendorong Israel bertindak balas dengan kempen pengeboman tanpa henti di Semenanjung Gaza.

Penganjur dengan pantas mengecam serangan Palestin dan bergegas untuk menyusun semula jadual, berjanji suara Israel akan dipaparkan secara menonjol.

Menjelang acara selama lima hari itu, ia dibayangi kontroversi apabila majlis penganugerahan untuk pengarang Palestin Adania Shibli ditangguhkan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending