Connect with us

Antarabangsa

Jordan batalkan sidang kemuncak bersama Biden, Sisi dan Abbas

Jordan membatalkan sidang kemuncak empat negara di Amman pada Rabu yang diadakan untuk membincangkan kesan “berbahaya” perang di Gaza, kata Menteri Luar Ayman Safadi.

Wartawan TMT

Published

on

Jordan batalkan sidang kemuncak bersama Biden, Sisi dan Abbas
Foto: Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
  • Jordan membatalkan sidang kemuncak empat negara di Amman pada Rabu yang diadakan untuk membincangkan kesan “berbahaya” perang di Gaza, kata Menteri Luar Ayman Safadi.
  • Sidang kemuncak berkenaan dijangka dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Menurut Safadi berkata, pertemuan itu hanya akan diadakan apabila semua pihak setuju untuk menamatkan perang dan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Palestin.

AMMAN: Jordan membatalkan sidang kemuncak empat negara di Amman pada Rabu yang diadakan untuk membincangkan kesan “berbahaya” perang di Gaza, kata Menteri Luar Ayman Safadi.

Sidang kemuncak berkenaan dijangka dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Menurut Safadi berkata, pertemuan itu hanya akan diadakan apabila semua pihak setuju untuk menamatkan perang dan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Palestin.

Amman turut mendakwa kempen ketenteraan Israel kini meletakkan rantau itu dalam risiko kancah konflik.

Sebelum sidang kemuncak dibatalkan, Biden dijangka berkunjung ke Israel sebelum ke Jordan.

Sidang ini awalnya dihoskan Raja Abdullah dengan agenda utama untuk mendesak bantuan kemanusiaan ke Gaza, bagi mengelak bencana kemanusiaan.

Raja Abdullah mengecam Israel susulan serangan ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza, yang mengorbankan 500 nyawa.

Advertisement

Monarki itu turut memberi amaran serangan balas Israel ke atas serangan Hamas 7 Oktober lalu sudah melampaui batas mempertahankan diri.

Sumber : Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending