Connect with us

Antarabangsa

Jangan tetapkan pemakaian wanita di Olimpik 2024, PBB tegur larangan bertudung Perancis

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan mereka menentang kebanyakan kod pakaian wanita ditetapkan selepas Perancis melarang atletnya dari memakai tudung bagi Sukan Olimpik Paris 2024.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan tetapkan pemakaian wanita di Olimpik 2024, PBB tegur larangan bertudung Perancis
Foto: Jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Marta Hurtado (kiri).
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan mereka menentang kebanyakan kod pakaian wanita ditetapkan selepas Perancis melarang atletnya dari memakai tudung bagi Sukan Olimpik Paris 2024.
  • “Tiada siapa yang patut menetapkan kepada seorang wanita apa yang patut dipakai atau tidak dipakainya,” kata Jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Marta Hurtado kepada pemberita di Geneva dipetik Today Online.
  • Komen Hurtado itu susulan Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera mengumumkan atlet negara itu dilarang memakai tudung semasa Olimpik 2024 selaras dengan aturan ketat sekularisme negara itu.
  • Oudea-Castera pada Ahad lalu memaklumkan Kerajaan Perancis melarang paparan simbol keagamaan semasa acara temasya sukan itu.

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan mereka menentang kebanyakan kod pakaian wanita ditetapkan selepas Perancis melarang atletnya dari memakai tudung bagi Sukan Olimpik Paris 2024.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

“Tiada siapa yang patut menetapkan kepada seorang wanita apa yang patut dipakai atau tidak dipakainya,” kata Jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Marta Hurtado kepada pemberita di Geneva dipetik Today Online.

Komen Hurtado itu susulan Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera mengumumkan atlet negara itu dilarang memakai tudung semasa Olimpik 2024 selaras dengan aturan ketat sekularisme negara itu.

Oudea-Castera pada Ahad lalu memaklumkan Kerajaan Perancis melarang paparan simbol keagamaan semasa acara temasya sukan itu.

“Apa maksudnya? Ini bermaksud larangan apa saja bentuk dakwah, satu (sikap) neutral secara mutlak dalam perkhidmatan awam,” kata menteri sukan itu kepada televisyen France 3.

“Pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,”kata Amelie Oudea-Castera.

Hurtado tidak mengkritik pendirian Perancis itu secara langsung tetapi menegaskan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menolak amalan diskriminasi.

“Mana-mana ahli negara konvensyen itu, dalam hal ini Perancis, mempunyai tanggungjawab untuk mengubah suai corak sosial atau budaya yang berpandukan idea merendahkan atau meninggikan mana-mana jantina,” katanya.

Beliau juga menegaskan; “Amalan diskriminasi terhadap mana-mana kumpulan boleh menyebabkan kesan berbahaya”.

Undang-undang Perancis melarang pemakaian simbol agama yang ‘menarik perhatian’ dalam beberapa konteks seperti di sekolah negeri atau penggunaan sebagai penjawat awam.

Di Perancis, pengharaman penutupan muka secara penuh pada 2010 juga diikuti keputusan Majlis Negara Perancis pada Jun lalu yang mengekalkan larangan pemain bola sepak wanita dari memakai tudung.

Sumber: Today Online

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending