Connect with us

Terkini

Isu Palestin-Israel: Pemerintah perlu nyatakan pendirian dengan jelas, berani – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah hari ini untuk berani menyatakan pendirian Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel tanpa mengelak daripada memberikan jawapan yang tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Isu Palestin-Israel: Pemerintah perlu nyatakan pendirian dengan jelas, berani – Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah hari ini untuk berani menyatakan pendirian Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel tanpa mengelak daripada memberikan jawapan yang tepat.
  • Beliau berkata tindakan cubaan mengelak memberikan jawapan tepat tentang pendirian Malaysia terhadap kezaliman Yahudi dan Amerika itu akan menunjukkan negara ini sebenarnya tidak komited.
  • “Kalau kita komited walaupun keupayaan kita itu amat terhad tetapi ada benda yang kita boleh buat sebab itu kita mesti nyatakan sokongan kita kepada jutaan manusia yang walaupun mereka bukan orang Islam pun mereka lihat Israel ini adalah satu negara yang cukup zalim tak ikut satu pun undang-undang antarabangsa,” katanya  menerusi program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Al-Aqsa, Ke Mana Akhirnya’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
  • Beliau berpandangan umat Islam hari ini perlu membuat persediaan bagi mendepani peperangan melibatkan kelompok Muslim pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR —- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah hari ini untuk berani menyatakan pendirian Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel tanpa mengelak daripada memberikan jawapan yang tepat.

Beliau berkata tindakan cubaan mengelak memberikan jawapan tepat tentang pendirian Malaysia terhadap kezaliman Yahudi dan Amerika itu akan menunjukkan negara ini sebenarnya tidak komited.

“Pemerintah? Kita perlu dengan berani menyatakan pendirian kita, cuba elak daripada memberi jawapan yang tepat tentang pendirian kita terhadap kezaliman Yahudi dan Amerika ini menunjuk bahawa kita sebenarnya tidak komited . 

“Kalau kita komited walaupun keupayaan kita itu amat terhad tetapi ada benda yang kita boleh buat sebab itu kita mesti nyatakan sokongan kita kepada jutaan manusia yang walaupun mereka bukan orang Islam pun mereka lihat Israel ini adalah satu negara yang cukup zalim tak ikut satu pun undang-undang antarabangsa.

“Jadi kita perlu nyatakan pendirian kita setakat yang kita mampu kita usaha,” katanya  menerusi program ‘Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Al-Aqsa, Ke Mana Akhirnya’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat lalu.

Turut diundang sebagai panelis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan bekas Pegawai Kanan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral (B) Mohd Anas Hasan.

Mengulas mengenai hubungan Israel pada masa hadapan susulan beberapa negara antaranya Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Turkiye telah menormalisasikan hubungan dengan zionis, Dr Mahathir menegaskan Malaysia tidak perlu mengikut jejak langkah negara-negara berkenaan.

Ini berikutan tiada sebarang faedah yang dapat dimanfaatkan menerusi hubungan itu sekiranya diwujudkan, malah ilmu yang ingin dituntut juga lebih baik didapati melalui negara lain seperti Jepun, Korea dan China.

“Saya tak nampak apa apa faedah bagi kita nak ada hubungan dengan Israel, ilmu yang kita nak tuntut semua bukan ada pada Israel lebih kepada Jepun, Korea dan China lebih baik lagi kita belajar daripada mereka . 

“Tiada satu faedah pun untuk ada hubungan dengan orang Israel tetapi ada juga orang Yahudi yang menentang Israel dengan orang itu kita bersahabat, saya biasa berjumpa dengan mereka di London mereka sokong perjuangan kita melawan Israel,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga berpandangan umat Islam hari ini perlu membuat persediaan bagi mendepani peperangan melibatkan kelompok Muslim pada masa akan datang.

Katanya, kita perlu menuntut ilmu Sains dan Matematik di mana kedua-dua ilmu itu sebelum ini berjaya membuatkan kelompok Barat mengatasi orang Timur dalam ketamadunan dunia.

“Kebolehan kita amat kurang, saya berpendapat walaupun kita percaya akhirnya umat Islam akan berjaya tetapi untuk mencapai kejayaan itu kita mesti buat persediaan.

“Apa yang kita lihat sekarang ini kerana kita tidak menuntut ilmu berkenaan dengan cara-cara baru berperang dengan itu kita tidak membuat persediaan, kita terpaksa beli senjata daripada musuh kita.

“Ini tidak mungkin kita dapat senjata yang terbaik sebab itu saya banyak kali tuntut supaya kita tuntut ilmu Sains dan Matematik kerana dua ilmu ini membolehkan orang Barat tiba- tiba mengatasi orang Timur dalam tamadun dunia,” kata bekas Perdana Menteri itu. —- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending