Connect with us

Terkini

Isu beras plastik: ‘Kita cari sampai lubang cacing’ – Pemangku Menteri KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berlaku penjualan beras plastik di sebuah pasar raya di Sandakan.

Wartawan TMT

Published

on

Isu beras plastik: ‘Kita cari sampai lubang cacing’ - Pemangku Menteri KPDN
Foto: Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berlaku penjualan beras plastik di sebuah pasar raya di Sandakan.
  • Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya  akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya aduan itu sahih maka, tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.
  • “Sekiranya berlaku, kita akan pastikan siasatan dilakukan dan kita gerakkan (anggota penguat kuasa) secara agresif, kita cari sampai lubang cacing kerana ini melibatkan kepentingan rakyat,” katanya semasa mengulas tentang video tular mengenai dakwaan penjualan beras plastik di Sandakan.
  • Beliau berkata demikian selepas majlis amanat dan penyerahan surat pelantikan pegawai lantikan secara kontrak jurutera dan penolong jurutera, di sini hari ini.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berlaku penjualan beras plastik di sebuah pasar raya di Sandakan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya  akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya aduan itu sahih maka, tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.

“Sekiranya berlaku, kita akan pastikan siasatan dilakukan dan kita gerakkan (anggota penguat kuasa) secara agresif, kita cari sampai lubang cacing kerana ini melibatkan kepentingan rakyat,” katanya semasa mengulas tentang video tular mengenai dakwaan penjualan beras plastik di Sandakan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat dan penyerahan surat pelantikan pegawai lantikan secara kontrak jurutera dan penolong jurutera, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, kementeriannya perlu meneliti terlebih dahulu dakwaan yang ditularkan menerusi sebuah rakaman video yang dikatakan berlaku di sebuah pasar raya di Sandakan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) itu berkata, beliau mengambil maklum tentang insiden yang berlaku dan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan secara serta-merta.

“Saya meneliti dengan dekat melalui KPDN cawangan Sandakan isu terkait dengan insiden yang disifatkan dengan penjualan beras plastik.

“Siasatan sedang dilakukan oleh KPDN cawangan Sandakan bersama Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

“Kementerian akan mendapatkan bukti-bukti berkaitan dan saya bagi jaminan bahawa KPDN selaku agensi yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan, khususnya dalam dua akta berkaitan iaitu Akta Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna,” katanya.

Setakat ini, siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan dan premis yang didakwa terlibat menjual beras plastik telah dilawat. Malah, maklumat tambahan daripada pengadu yang menularkan video juga sedang diperolehi.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang menyemak invois daripada peruncit dan juga pembekal. Aduan itu akan disiasat dengan teliti kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan membabitkan isu kesihatan.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 1 minit 20 saat tular dalam laman media sosial mengenai dakwaan beras plastik dijual di salah sebuah pasar raya di Sandakan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending