Connect with us

Antarabangsa

Israel bom hospital, 500 terbunuh di Hospital Baptis Al-Ahli, Gaza

Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza pada Selasa, demikian menurut pihak berkuasa Palestin di wilayah terkepung itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel-bom-hospital-500-terbunuh-di-Hospital-Baptis-Al-Ahli-Gaza
Foto: Keadaan di Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza.
  • Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza pada Selasa, demikian menurut pihak berkuasa Palestin di wilayah terkepung itu.
  • Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan Hospital Baptis Al-Ahli merupakan tempat perlindungan ribuan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal apabila ia dibom semalam.
  • Mereka juga mengesahkan bahawa ramai mangsa masih berada di bawah runtuhan, lapor CNN.
  • AlJazeera pula melaporkan serangan itu berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadualkan melawat Israel keesokan harinya untuk menegaskan sokongan AS ke atas Israel.

Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza pada Selasa, demikian menurut pihak berkuasa Palestin di wilayah terkepung itu.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan Hospital Baptis Al-Ahli merupakan tempat perlindungan ribuan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal apabila ia dibom semalam.

Mereka juga mengesahkan bahawa ramai mangsa masih berada di bawah runtuhan, lapor CNN.

AlJazeera pula melaporkan serangan itu berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadualkan melawat Israel keesokan harinya untuk menegaskan sokongan AS ke atas Israel.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour dengan marah menyatakan Israel melakukan serangan maut di Hospital Al-Ahli di Gaza dan menggelar Netanyahu sebagai “pembohong” atas penafian serangan itu dan menuduh serangan itu dilakukan kumpulan Palestin.

Pegawai Rumah Putih juga mengesahkan pertemuan Biden dengan Raja Jordan, Presiden Palestin dan Presiden Mesir ditangguhkan, melihat kepada pengumuman perkabungan diumumkan Presiden Palestin.

“Kita harus memahami kesan peperangan ini, bukan hanya kepada mangsa terlibat, (iaitu) penduduk Gaza. (Tetapi) kamu harus faham bahawa perang ini juga mencetuskan kemarahan Arab, Muslim, Kristian – pendapat manusia, pendapat umum – seluruh dunia,” kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.

Beliau turut menyatakan sekitar 18,000 rakyatnya berada di jalanan memprotes, menyatakan kemarahan mereka atas malapetaka dan pencerobohan yang dilakukan ke atas penduduk Gaza.

Sumber: Al Jazeera, CNN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *