Connect with us

Antarabangsa

Hezbollah 10 kali kuat dari Hamas – Menteri rejim zionis

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.

Wartawan TMT

Published

on

Hezbollah 10 kali kuat dari Hamas – Menteri rejim zionis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.
  • Gallant membuat kenyataan demikian dalam satu mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan.
  • Lapor Agensi Anadolu, Gallant menegaskan persiapan diperlukan di barisan hadapan wilayah utara harus dilakukan segera memandangkan Hezbollah adalah `10 kali ganda lebih kuat dari kumpulan Hamas’.
  • Pada mesyuarat itu, beliau turut meminta pegawai kerajaan untuk memuktamadkan pemindahan aset ketenteraan ke barisan hadapan wilayah utara.

BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.

Gallant membuat kenyataan demikian dalam satu mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lapor Agensi Anadolu, Gallant menegaskan persiapan diperlukan di barisan hadapan wilayah utara harus dilakukan segera memandangkan Hezbollah adalah `10 kali ganda lebih kuat dari kumpulan Hamas’.

Pada mesyuarat itu, beliau turut meminta pegawai kerajaan untuk memuktamadkan pemindahan aset ketenteraan ke barisan hadapan wilayah utara.

Berdasarkan kenyataan tentera Israel dan Hezbollah, kedua-dua pihak melancarkan serangan antara satu sama lain sepanjang hari.

Sekurang-kurangnya 10 pejuang Hezbollah terbunuh sejak keganasan tercetus di sempadan antara Lubnan dan Israel.

Ketegangan itu berlaku di tengah-tengah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza berikutan serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas bandar sempadan Israel.

Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 orang maut di Israel sejak operasi bermula.

Hezbollah sudah banyak kali berperang dengan Israel, terbaharu pada 2006 yang mana kumpulan pejuang dari Lubnan itu melancarkan serangan roket ke arah beberapa bandar utama Israel.

Lebih 1,000 rakyat Lubnan terbunuh dalam konflik itu manakala sebahagian besar selatan Lubnan yang merupakan kubu kuat Hezbollah musnah akibat serangan Israel.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending