Terkini
Belum ada keperluan mendesak untuk guna stok penimbal beras – Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, negara mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan bagi menampung keperluan beras negara untuk tempoh empat hingga lima bulan.

- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, negara mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan bagi menampung keperluan beras negara untuk tempoh empat hingga lima bulan.
- Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 250,000 tan metrik bertindak sebagai stok penimbal dan 650,000 tan metrik bagi stok dagangan yang mencukupi ketika ini.
- Katanya, masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, negara mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan bagi menampung keperluan beras negara untuk tempoh empat hingga lima bulan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 250,000 tan metrik bertindak sebagai stok penimbal dan 650,000 tan metrik bagi stok dagangan yang mencukupi ketika ini.
Oleh itu, katanya, masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.
Katanya lagi, kerajaan kini giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran Kadar Sara Diri (SSR) beras iaitu sebanyak 80 peratus menjelang 2030.
“Antara inisiatif dilakukan adalah pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang diperluas dengan menyasarkan pelaksanaan program di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan bagi setiap hektar.
“Program ini dilaksana berdasarkan kepada empat model iaitu model SMART SBB Padi Putih, SMART SBB Padi Wangi, SMART SBB Asnaf dan SMART SBB Mini Sekinchan.
“Program ini tidak menggunakan sebarang peruntukan tambahan daripada kerajaan, malah, syarikat peneraju akan menanggung kos pelaksanaan operasi sehingga RM3,200 per hektar,” katanya semasa menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi mencari penyelesaian terbaik dalam isu sekatan eksport.
“Saya selaku menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani Negara India dalam masa terdekat.
“Selain itu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) turut terbabit dalam perundingan bersama negara sumber beras yang lain seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas