Connect with us

Antarabangsa

Bantuan roti penduduk Gaza tidak terjamin – WFP

Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Bantuan roti penduduk Gaza tidak terjamin – WFP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas. 
  • Timbalan Ketua Kecemasan WFP, Brian Lander berkata, dengan perang yang masih berpanjangan, pihaknya terputus komunikasi dengan dunia luar di Gaza. 
  • Keadaan ini mengakibatkan pihaknya tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai-kedai lain, sekali gus bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.
  • Menurut Lander, bagi membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat menikmati makanan yang diperlukan setiap hari, 100 trak harus melalui sempadan setiap hari hanya untuk membawa makanan.
  • Tentera Israel pada hujung minggu memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.

GAZA: Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bantuan roti tidak lagi terjamin di wilayah Gaza yang teruk dibom oleh tentera Israel dalam perang dengan Hamas.

Ini kerana wilayah itu kini ketiadaan akses kepada telefon dan internet, kesan daripada tindak balas Zionis dalam perang di Gaza.

Timbalan Ketua Kecemasan WFP, Brian Lander berkata, dengan perang yang masih berpanjangan, pihaknya terputus komunikasi dengan dunia luar di Gaza.

Menurutnya lagi, keadaan ini mengakibatkan pihaknya tidak dapat menghubungi kakitangan WFP, kedai roti dan kedai-kedai lain, sekali gus bermakna sekeping roti harian yang sangat diperlukan keluarga Palestin sudah tidak lagi dijamin.

Tambah beliau, WFP memerlukan komunikasi, bahan api dan lebih banyak laluan selamat untuk mengelakkan keluarga Palestin daripada kelaparan.

Ia katanya, adalah keperluan mendesak dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.

Beliau berkata, hanya dua daripada 23 kedai roti masih beroperasi di Gaza.

Advertisement

Menurut Lander, bagi membolehkan 2.4 juta orang di Gaza dapat menikmati makanan yang diperlukan setiap hari, 100 trak harus melalui sempadan setiap hari hanya untuk membawa makanan.

Tentera Israel pada hujung minggu memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan agensi bantuan antarabangsa mendakwa terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza selepas Israel memutuskan internet dan komunikasi.

Data rasmi Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan, angka korban akibat perang Israel-Hamas selama lebih 3 minggu di Gaza, kini melebihi 8,000 orang.

Kira-kira 70 peratus daripada kematian penduduk Palestin adalah wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending