Connect with us

Terkini

Umum peruntukan untuk tiga sekolah SJK di Pelangai, Timbalan Menteri didakwa salah guna kuasa 

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mengumumkan peruntukan kepada tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Hidayah Sani

Published

on

Umum peruntukan untuk tiga sekolah SJK di Pelangai, Timbalan Menteri didakwa salah guna kuasa 
Foto: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
  • Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mengumumkan peruntukan kepada tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
  • Dakwaan itu dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menegaskan pengumuman terbabit adalah satu pengaruh tidak wajar oleh kerajaan semasa tempoh pilihan raya.
  • BERSIH telah mengeluarkan kenyataan menggesa Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mematuhi larangan 3C: Tidak bersyarat (no conditions), tidak berkempen (no campaign) dan tidak bawa calon (no candidates).”
  • “Berdasarkan garis panduan ini, pengumuman oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB Lim yang mensasarkan tiga sekolah di kawasan PRK Pelangai memang melanggari garis panduan No Campaign, tidak berkempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • BERSIH berkata sekiranya peruntukan tambahan itu diberikan kepada semua SJKC ataupun SJKT di seluruh Pahang, pengumuman tersebut boleh dianggap tidak khusus kepada sekolah-sekolah di DUN tersebut sahaja.

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying didakwa menyalahgunakan kuasa dengan mengumumkan peruntukan kepada tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Dakwaan itu dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menegaskan pengumuman terbabit adalah satu pengaruh tidak wajar oleh kerajaan semasa tempoh pilihan raya.

BERSIH telah mengeluarkan kenyataan menggesa Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mematuhi larangan 3C: Tidak bersyarat (no conditions), tidak berkempen (no campaign) dan tidak bawa calon (no candidates).

“Ia agar sebarang pengumuman oleh semua Kementerian dan Agensi Persekutuan dalam tempoh pilihan raya tidak disalahgunakan untuk memenangi pilihan raya.

“Berdasarkan garis panduan ini, pengumuman oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB Lim yang mensasarkan tiga sekolah di kawasan PRK Pelangai memang melanggari garis panduan No Campaign, tidak berkempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERSIH berkata sekiranya peruntukan tambahan itu diberikan kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ataupun Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Pahang, pengumuman tersebut boleh dianggap tidak khusus kepada sekolah-sekolah di DUN tersebut sahaja.

“Walaupun perkara ini masih belum menjadi kesalahan dari segi undang-undang semasa, BERSIH menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggahan dengan prinsip-prinsip pilihan raya adil dan bersih kerana pihak pembangkang tidak ada sumber atau jentera kerajaan untuk berkempen,” katanya. 

Advertisement

Pada 22 September lalu, Hui Ying dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30,000 bagi SJKC Manchi dan SJKC Telemong manakala SJKT Ladang Renjok akan menerima peruntukan berjumlah RM50,000.

Hui Ying berkata, jumlah itu ialah tambahan kepada peruntukan yang diberikan sebelum ini kepada semua sekolah berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan di Pahang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menetapkan 3 Oktober sebagai hari undi awal dan 7 Oktober untuk hari pengundian pilihan raya kecil DUN Pelangai. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Bersih

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending