Connect with us

Terkini

Terkuburnya bumi Melayu, UMNO akan dihina generasi hadapan

Generasi hadapan akan menyumpah dan menghina UMNO yang dianggap sebagai punca terkuburnya perjuangan orang Melayu dan bumi Melayu, kata Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Terkuburnya bumi Melayu, UMNO akan dihina generasi hadapan
Foto: Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahya.
  • Generasi hadapan akan menyumpah dan menghina UMNO yang dianggap sebagai punca terkuburnya pejuangan orang Melayu dan bumi Melayu, kata Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahya.Ā 
  • Aminuddin berkata kaum Melayu tidak lagi boleh meletakkan pergantungan nasib terhadap UMNO kerana keadaan parti itu semakin lemah dan mustahil ia sanggup menyanggah Parti Tindakan Demokratik (DAP).
  • Ini susulan kehadiran pimpinan UMNO di Konvensyen DAP 2023 semalam menggambarkan DAP akhirnya berjaya menundukkan UMNO untuk menerima perjuangan parti itu.
  • ā€œDengan keadaan sebegini dan dengan kuasa dua per tiga majoriti dalam Parlimen (mungkin lebih dalam masa akan datang), apa yang menghalang DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia mereka? Andai berlaku persempadanan semula kawasan Parlimen, bukan sahaja UMNO akan lenyap malah mungkin bumi Melayu ini juga akan hilang?
  • ā€œMungkin hari ini pemimpin-pemimpin UMNO tersenyum berpelukan dengan DAP dan ahli-ahli UMNO bersorak riang mendapat habuan.
  • ā€œTetapi percayalah generasi hadapan akan menyumpah dan menghina UMNO yang dianggap menjadi punca terkuburnya bumi tercinta ini. Renung-renungkanlah,ā€ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR ā€” Generasi hadapan akan menyumpah dan menghina UMNO yang dianggap sebagai punca terkuburnya perjuangan orang Melayu dan bumi Melayu, kata Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahya.

Aminuddin berkata kaum Melayu tidak lagi boleh meletakkan pergantungan nasib terhadap UMNO kerana keadaan parti itu semakin lemah dan mustahil ia sanggup menyanggah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ini susulan kehadiran pimpinan UMNO di Konvensyen DAP 2023 semalam menggambarkan DAP akhirnya berjaya menundukkan UMNO untuk menerima perjuangan parti itu.

ā€œDengan keadaan sebegini dan dengan kuasa dua per tiga majoriti dalam Parlimen (mungkin lebih dalam masa akan datang), apa yang menghalang DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysia mereka? Andai berlaku persempadanan semula kawasan Parlimen, bukan sahaja UMNO akan lenyap malah mungkin bumi Melayu ini juga akan hilang?

ā€œMungkin hari ini pemimpin-pemimpin UMNO tersenyum berpelukan dengan DAP dan ahli-ahli UMNO bersorak riang mendapat habuan.

ā€œTetapi percayalah generasi hadapan akan menyumpah dan menghina UMNO yang dianggap menjadi punca terkuburnya bumi tercinta ini. Renung-renungkanlah,ā€ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mengulas laporan artikel bertajuk ā€˜Kehadiran UMNO dalam persidangan cipta nafas baru kepada politik DAP, Malaysiaā€™ yang diterbitkan pada Ahad.

Laporan itu juga menyifatkan Persidangan DAP 2023 yang berlangsung semalam mencipta sejarah apabila menjadi perhimpunan pertama dihadiri Presiden UMNO selepas puluhan tahun kedua-dua parti menjadi seteru politik.

ā€œDengan keadaan UMNO semakin lemah adalah mustahil parti Melayu ini sanggup menyanggah DAP. Ini tergambar dalam ulasan Presiden UMNO mengenai kehadiran beliau ke konvensyen tersebut ā€œOrang berbudi kita berbahasaā€.

ā€œYa, UMNO kini telah terhutang ā€œbudiā€ dengan DAP. Rakyat semua tahu ā€œbudiā€ apa yang telah diberikan oleh DAP. Rakyat semua tahu apa ā€œbudiā€ yang diberikan,ā€ katanya.

Aminuddin turut memetik ucapan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan parti itu bukanlah parti besar kerana keahlian mereka hanya berjumlah 239,408 dengan 2,042 cawangan.

Manakala, UMNO mempunyai 3.391 juta keahlian dan 22,000 cawangan di mana mengikut logiknya DAP perlu tunduk kepada UMNO, bagaimanapun sebaliknya berlaku.

Katanya, berkemungkinan ramai menganggap dalam sistem demokrasi, kelompok majoriti akan menguasai minoriti, namun senario berlaku di Malaysia hari ini adalah sebaliknya iaitu minoriti kuasai majoriti.

Senario politik itu jelas menunjukkan kepincangan sistem demokrasi negara yang memerlukan perubahan, kata Aminuddin. ā€” The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aminuddin Yahaya

Author