Connect with us

Antarabangsa

Tangani kenaikan harga runcit, Filipina tetapkan harga siling beras

Filipina hari ini mengumumkan penetapan harga siling untuk beras bertujuan memastikan kos makanan ruji negara itu terkawal, sekali gus menangani ‘kenaikan harga runcit yang membimbangkan.’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tangani kenaikan harga runcit, Filipina tetapkan harga siling beras
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Filipina hari ini mengumumkan penetapan harga siling beras bertujuan memastikan kos makanan ruji negara itu terkawal, sekali gus menangani ‘kenaikan harga runcit yang membimbangkan.’
  • Harga siling bagi beras biasa dan spesial ditetapkan masing-masing 41 serta 45 peso sekilogram, dengan kadar terbabit berkuat kuasa hingga keputusan lanjut oleh Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.
  • Pejabat Presiden dalam satu kenyataan, hari ini, berkata pihak berkuasa mengenal pasti ‘amalan meluas berkait dakwaan manipulasi harga, seperti bekalan disorok oleh peniaga dan pakatan sulit dalam kalangan kartel industri.’
  • Filipina berdepan tekanan aspek harga akibat kejadian global seperti konflik Russia-Ukraine, tindakan India melarang eksport beras dan ketidaktentuan harga minyak.
  • Bekalan beras Filipina untuk separuh kedua 2023 dijangka mencecah 10.15 juta tan metrik, dengan 7.2 tan adalah jangkaan hasil daripada keluaran tempatan.

MANILA: Filipina hari ini mengumumkan penetapan harga siling untuk beras bertujuan memastikan kos makanan ruji negara itu terkawal, sekali gus menangani ‘kenaikan harga runcit yang membimbangkan.’

Harga siling bagi beras biasa dan spesial ditetapkan masing-masing 41 serta 45 peso sekilogram, dengan kadar terbabit berkuat kuasa hingga keputusan lanjut oleh Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Menurut Kementerian Pertanian, beras spesial tempatan dan import dijual pada harga antara 47 hingga 56 peso di wilayah ibu negara, manakala beras biasa tempatan dan import pula antara 42 hingga 55 peso, setakat 30 Ogos lalu.

Pejabat Presiden dalam satu kenyataan, hari ini, berkata pihak berkuasa mengenal pasti ‘amalan meluas berkait dakwaan manipulasi harga, seperti bekalan disorok oleh peniaga dan pakatan sulit dalam kalangan kartel industri.’

Selain itu, katanya, Filipina juga berdepan tekanan aspek harga akibat kejadian global seperti konflik Russia-Ukraine, tindakan India melarang eksport beras, dan ketidaktentuan harga minyak.

Baru-baru ini, Marcos yang juga Menteri Pertanian, mengarahkan pihak berkuasa untuk menggandakan usaha memburu pihak yang menyorok bekalan beras, dan mengambil langkah membendung inflasi beras yang mencecah 4.2 peratus pada Julai lalu, iaitu kadar tertinggi sejak 2019.

Filipina merupakan antara pengimport bijirin dunia yang terbesar, dan harga runcit beras di negara ini mencatat peningkatan lagi pada bulan lalu dengan beberapa variati melonjak hingga 25 peratus dalam beberapa pasaran domestik serta sekitar ibu negara.

Bekalan beras Filipina untuk separuh kedua 2023 dijangka mencecah 10.15 juta tan metrik, dengan 7.2 tan adalah jangkaan hasil daripada keluaran tempatan.

Jumlah itu bersama bekalan import dan inventori sedia ada, akan membolehkan Filipina mengakhiri 2023 dengan stok yang mampu menampung permintaan domestik selama 64 hari. ā€“ REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *