Antarabangsa
Mahkamah Agung Mexico menyahjenayahkan gugur kandungan
Mahkamah Agung Mexico menyahjenayahkan pengguguran kandungan di seluruh negara itu dengan trend pelonggaran terbabit dirujuk sebagai “gelombang hijau” di serata Amerika Latin.
- Mahkamah Agung Mexico menyahjenayahkan pengguguran kandungan di seluruh negara itu dengan trend pelonggaran terbabit dirujuk sebagai “gelombang hijau” di serata Amerika Latin.
- Penghakiman itu dibuat dua tahun selepas mahkamah memutuskan untuk memihak kepada cabaran undang-undang di negeri utara Mexico, Coahuila, dengan memutuskan hukuman jenayah pengguguran kandungan itu adalah tidak berperlembagaan.
- Negeri-negeri di Mexico dan Kerajaan Persekutuan perlahan dalam memansuhkan kod jenayah itu, tetapi keputusan terbaru ini membenarkan pengguguran kandungan di 32 negeri di Mexico.
- Mahkamah Agung Mexico mengatakan larangan pengguguran adalah menafikan hak asasi wanita.
- Keputusan terkini mahkamah itu mungkin mengecewakan ahli politik berhaluan konservatif dan gereja Katolik di mana Mexico merupakan negara penganut Katolik kedua terbesar di Amerika Latin.
Mahkamah Agung Mexico menyahjenayahkan pengguguran kandungan di seluruh negara itu dengan trend pelonggaran terbabit dirujuk sebagai “gelombang hijau” di serata Amerika Latin.
Penghakiman itu dibuat dua tahun selepas mahkamah memutuskan untuk memihak kepada cabaran undang-undang di negeri utara Mexico, Coahuila, dengan memutuskan hukuman jenayah pengguguran kandungan itu adalah tidak berperlembagaan.
Negeri-negeri di Mexico dan Kerajaan Persekutuan perlahan dalam memansuhkan kod jenayah itu, tetapi keputusan terbaru ini membenarkan pengguguran kandungan di 32 negeri di Mexico.
Mahkamah Agung Mexico mengatakan larangan pengguguran adalah menafikan hak asasi wanita.
“Dalam kes rogol, tiada gadis yang boleh dipaksa untuk menjadi ibu – tidak oleh negara, ibu bapa atau penjaganya,” kata Ketua Hakim Mahkamah Agung, Arturo Zaldívar dipetik BBC.
“Di sini, kes pelanggaran hak adalah lebih serius, bukan disebabkan statusnya sebagai mangsa tetapi disebabkan umur yang menjadikan isu ini perlu dianalisis dari semua perspektif, termasuk golongan bawah umur,” katanya.
Keputusan mahkamah itu membuka ruang kepada sistem penjagaan persekutuan untuk menyediakan perkhidmatan pengguguran kandungan dan disambut baik kumpulan-kumpulan hak wanita.
Keputusan itu juga mungkin mengecewakan ahli politik berhaluan konservatif dan gereja Katolik di mana Mexico merupakan negara penganut Katolik kedua terbesar di Amerika Latin.
Bagaimanapun, pengaruh gereja dilaporkan semakin menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kerajaan mengisytiharkan Mexico sebagai negara sekular.
Sumber: BBC