Terkini
KPM perlu segera tingkatkan enrolmen pelajar aliran sains
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera merangka pelan untuk meningkatkan enrolmen pelajar dalam aliran sains di peringkat sekolah menengah atas bagi mencapai sasaran mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 sumber tenaga berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sains serta kejuruteraan.

- Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera merangka pelan meningkatkan enrolmen pelajar dalam aliran sains di peringkat sekolah menengah atas bagi mencapai sasaran mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 sumber tenaga berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sains serta kejuruteraan.
- Pelan tersebut bagi tangani isu kemerosotan enrolmen pelajar dalam aliran sains yang kini mencatatkan 15.2 peratus berbanding dasar 60:40 yang dirangka pada tahun 1967.
- Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, berdasarkan dasar 60:40 yang dirangka pada tahun 1967, 60 peratus daripada pelajar tingkatan empat disasarkan masuk ke aliran sains dan teknologi manakala selebihnya mengikuti aliran sastera atau sains sosial.
- Beliau berkata, data terkini menunjukkan hanya 15.2 peratus atau sekitar 60,000 pelajar di aliran sains peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan data di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lebih membimbangkan.
- Anuar melahirkan kekecewaannya apabila sehingga saat ini isu tersebut belum mendapat respon daripada KPM sedangkan rakyat sedang menantikan kesahihan perkara tersebut.
- “Peratus yang sangat rendah ini pasti merosot lagi jika murid dalam aliran sains semakin merosot. Kita perlukan segera pelan meningkatkan enrolmen murid dalam aliran sains di peringkat sekolah menengah atas,” katanya.
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera merangka pelan untuk meningkatkan enrolmen pelajar dalam aliran sains di peringkat sekolah menengah atas bagi mencapai sasaran mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 sumber tenaga berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sains serta kejuruteraan.
Pelan tersebut bagi menangani isu kemerosotan enrolmen pelajar dalam aliran sains yang kini hanya mencatatkan 15.2 peratus berbanding dasar 60:40 yang dirangka pada tahun 1967.
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, berdasarkan dasar 60:40 yang dirangka pada tahun 1967, 60 peratus daripada pelajar tingkatan empat disasarkan masuk ke aliran sains dan teknologi manakala selebihnya mengikuti aliran sastera atau sains sosial.
Bagaimanapun, beliau berkata, data terkini menunjukkan hanya 15.2 peratus atau sekitar 60,000 pelajar di aliran sains peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan data di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lebih membimbangkan.
“Hanya 9.5 peratus sahaja pelajar aliran sains (di peringkat STPM). Jauh merudum berbanding dasar 60:40 yang disasarkan.
“Sebelum tahun 2012, peratus murid aliran sains peringkat SPM adalah 24 peratus, kemudian merosot pada 19 peratus pada 2018 dan merosot lagi ke 15.2 peratus pada 2023. Ini satu perkembangan yang sangat membimbangkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Anuar turut melahirkan kekecewaannya apabila sehingga saat ini isu tersebut belum mendapat respon daripada KPM sedangkan rakyat sedang menantikan kesahihan perkara tersebut.
Tegasnya, Malaysia memerlukan sekurang kurangnya 500,000 sumber tenaga manusia yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang sains dan kejuruteraan untuk menjadi sebuah negara maju namun data terkini menunjukkan baru mencapai 17 peratus.
“Peratus yang sangat rendah ini pasti merosot lagi jika murid dalam aliran sains semakin merosot. Kita perlukan segera pelan meningkatkan enrolmen murid dalam aliran sains di peringkat sekolah menengah atas.
“Kita perlukan segera pelan tindakan untuk menjadikan subjek sains di sekolah rendah dan menengah lebih menarik dan mendapat perhatian murid.
“Kita mesti menjadikan pengajaran sains sesuatu yang mencabar tetapi pada masa yang sama meningkatkan motivasi dan keinginan murid untuk belajar sains,” katanya.
Katanya lagi, KPM mesti menyediakan infrastruktur pendidikan sains yang lebih baik, makmal sains dengan peralatan yang lengkap, ruang pembelajaran lebih interaktif.
“Fokus kita kena jelas. Usaha kita kena lebih kuat. Sekadar mahu kekal ‘status quo’ sahaja dengan apa yang ada sekarang tidak akan membawa kita ke mana-mana.
“Kita sedang ketinggalan. Ini memerlukan perubahan dalam dasar dan kurikulum pendidikan sains. Pemimpin pendidikan negara kena lebih proaktif demi kemajuan negara,” katanya. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS