Terkini
Kerajaan digesa tidak dalam ‘sindrom penafian’ berhubung isu bekalan beras
Seorang bekas menteri Perikatan Nasional (PN) yang membahaskan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 menggesa kerajaan untuk tidak lagi dalam “sindrom penafian” berhubung masalah bekalan beras keluaran tempatan.

- Seorang bekas menteri Perikatan Nasional (PN) yang membahaskan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 menggesa kerajaan untuk tidak lagi dalam “sindrom penafian” berhubung masalah bekalan beras keluaran tempatan.
- Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang merupakan bekas menteri pertanian dan industri makanan, memetik aduan orang ramai mengenai kekurangan bekalan beras tempatan yang dijual pada harga subsidi terkawal RM2.60 sekilogram.
- “Adakah ini disebabkan oleh manipulasi untuk mengaut keuntungan? Ataupun ada pihak kilang yang enggan memproses padi tempatan ini untuk dijual sebagai beras tempatan, kerana memproses beras dari luar lebih menguntungkan?
- “Jadi kerajaan harus tidak dalam sindrom penafian tetapi melihat dan menyiasat perkara ini agar rakyat Malaysia dapat membeli beras tempatan dengan harga RM2.60 satu kilogram,” katanya.
Seorang bekas menteri Perikatan Nasional (PN) yang membahaskan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 menggesa kerajaan untuk tidak lagi dalam “sindrom penafian” berhubung masalah bekalan beras keluaran tempatan.
Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang merupakan bekas menteri pertanian dan industri makanan, memetik aduan orang ramai mengenai kekurangan bekalan beras tempatan yang dijual pada harga subsidi terkawal RM2.60 sekilogram.
“Sekarang ini pengguna tidak dapat membeli beras putih tempatan pada harga RM2.60 satu kilogram. Beras import dijual dalam anggaran RM3.60 hingga RM3.90 satu kilogram. Kita sepatutnya ada pilihan beras tempatan. Sebab itu saya katakan kementerian harus siasat kenapa kita tidak dapat memperolehi beras putih tempatan di pasaran tempatan.
“Adakah ini disebabkan oleh manipulasi untuk mengaut keuntungan? Ataupun ada pihak kilang yang enggan memproses padi tempatan ini untuk dijual sebagai beras tempatan, kerana memproses beras dari luar lebih menguntungkan?
“Jadi kerajaan harus tidak dalam sindrom penafian tetapi melihat dan menyiasat perkara ini agar rakyat Malaysia dapat membeli beras tempatan dengan harga RM2.60 satu kilogram,” katanya.
Sementara itu, Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah menteri Mohamad Sabu perlu mempertimbangkan untuk mengkaji semula eksport beras Malaysia sehingga bekalan domestik stabil.
Dia menyifatkan kekurangan dalam negeri disebabkan peningkatan permintaan berikutan kenaikan harga beras import, manakala pada masa sama, Malaysia terus mengeksport sebahagian daripada hasil berasnya.
“Ini harus menjadi satu perkara yang mesti diuruskan oleh kementerian supaya pengeksportan beras ini mesti melalui satu garis panduan di mana bekalan dalam negara harus cukup dulu sebelum kita eksport dulu.
“Saya mahu cadangkan agar kita kurangkan jumlah eksport beras sehingga bekalan beras tempatan di pasaran stabil,” katanya.
Sementara itu, Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengecam kerajaan, dengan mengimbau kembali ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang ketika itu menyaksikan beras kekurangan bekalan.
“Adakah kita mahu menggalakkan rakyat kita kembali makan ubi kayu seperti zaman Jepun dahulu?” katanya.
Pada 4 Sept lepas, Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras Azman Mahmood, dilaporkan berkata kerajaan telah mengambil langkah campur tangan untuk meningkatkan bekalan beras tempatan.
Azman dipetik Bernama sebagai berkata, kerajaan telah mengarahkan pengilang padi di wilayah Utara meningkatkan pengeluaran mereka sebanyak 20 peratus dan menyalurkannya melalui Padibernas Nasional Bhd (BERNAS), dengan sasaran tambahan 423,000 tan metrik beras setahun.
Sumber: Malaysiakini
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN