Terkini
Jangan pandang sepi cadangan pindaan perlembagaan perkasa undang-undang syariah – Peguam
Semua cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah tidak boleh dipandang enteng dan perlu disegerakan pelaksanaannya, kata pengamal undang-undang, Yusfarizal Yusoff.

- Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah tidak boleh dipandang enteng dan perlu disegerakan pelaksanaannya, kata pengamal undang-undang, Yusfarizal Yusoff.
- Cadangan pindaan perlembagaan itu perlu dilihat sebagai usaha menyelesaikan dikotomi atau perpecahan yang berterusan antara sistem kehakiman sivil dan syariah.
- “Usaha penyelesaian ini tidak boleh dilihat sebagai resistance atau empire strike back, namun mesti dilihat sebagai hasrat dan iltizam watan untuk mempertahankan apa yang sedia difahami dan diamalkan, kata Yusfarizal dalam hantaran di akaun Facebooknya pada 3 September lalu.
- Beliau berkata sedemikian ketika mengulas cadangan pindaan perlembagaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berhubung isu cabaran ke atas sistem kehakiman mahkamah syariah.
- Ia ekoran kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 17 Ogos lalu yang telah mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan yang mengambil fakta kes keputusan Iki Putra pada 2021.
- Kes cabaran perlembagaan itu telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak, sekaligus mengundang cadangan supaya perlembagaan negara dipinda bagi memperkasakan sistem kehakiman syariah.
KUALA LUMPUR – Semua cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah tidak boleh dipandang enteng dan perlu disegerakan pelaksanaannya, kata pengamal undang-undang, Yusfarizal Yusoff.
Beliau berkata cadangan pindaan perlembagaan itu perlu dilihat sebagai usaha menyelesaikan dikotomi atau perpecahan yang berterusan antara sistem kehakiman sivil dan syariah.
Katanya, pindaan perlembagaan itu tidak seharusnya dilihat sebagai penentangan terhadap sistem kehakiman negara tetapi sebagai satu penambahbaikan.
“Cadangan Prof Datuk Dr Shamrahayu dan DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak boleh dipandang enteng dan sepi. Maka usaha ke arah itu perlu disegerakan tindakannya, dan tidak hanya diretorikkan untuk manfaat politikus dan segelintir golongan semata-mata.
“Mungkin Perlembagaan Persekutuan penuh dengan “keserabutan undang-undang” (legal conundrum) tentang isu ini hingga ia berterusan dibahaskan sehingga ke tahun 2023 ini. Namun ia boleh dan perlu diselesaikan.
“Usaha penyelesaian ini tidak boleh dilihat sebagai resistance atau empire strike back, namun mesti dilihat sebagai hasrat dan iltizam watan untuk mempertahankan apa yang sedia difahami dan diamalkan,” kata Yusfarizal dalam hantaran di akaun Facebooknya pada 3 September lalu.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas cadangan pindaan perlembagaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berhubung isu cabaran ke atas sistem kehakiman mahkamah syariah.
Ia ekoran kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 17 Ogos lalu yang telah mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan yang mengambil fakta kes keputusan Iki Putra pada 2021.
Dalam kes Iki Putra, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 memutuskan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri.
Sehubungan itu, kes cabaran perlembagaan itu telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak, sekaligus mengundang cadangan supaya perlembagaan negara dipinda bagi memperkasakan sistem kehakiman syariah.
Mengulas lanjut, Yusfarizal berkata sistem perundangan Islam pada hakikatnya adalah undang-undang tanah negara ini yang diamalkan sejak sekian lama dan harus dipertahankan.
“Seawal 1927, Mahkamah telah menyatakan bahawa “Mohamedan Law is the law of the land”. Undang-undang Islam adalah undang-undang tanah ini. Yakni Tanah Melayu. Ya, seawal 1927!
“Kita percaya bahawa hukum Islam adalah hukum terbaik untuk umat Islam. Dan ia telah diamal sekian lama (walaupun bukan pada kadar sepenuhnya seperti perintah Al-Quran dan As-Sunnah). Justeru, kepercayaan, hasrat dan iltizam ini haruslah dipertahankan.
“Sekali lagi kami nyatakan, ini bukan pergerakan “resistance movement” tetapi ia adalah usaha untuk menyelesaikan dikotomi yang terlalu panjang,” kata Yusfarizal. –The Merdeka Times
Sumber: Facebook Yusfarizal Yusoff
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas