Connect with us

Terkini

Isham Jalil digesa letak jawatan jika tidak setuju UMNO kerjasama PH, DAP

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil digesa melepaskan jawatannya sekiranya tidak menerima pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) yang turut dianggotai DAP sebagai parti komponen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isham Jalil digesa letak jawatan jika tidak setuju UMNO kerjasama PH, DAP
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil (kiri) & Datuk Lokman Noor Adam (kanan).
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil digesa melepaskan jawatannya sekiranya tidak menerima pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) yang turut dianggotai DAP sebagai parti komponen.
  • Gesaan itu dibuat rakan separti, Datuk Lokman Noor Adam yang berkata setiap tindakan Isham ketika ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak menguntungkan dan hanya menyusahkan parti terbabit.
  • “Jadi bagi sayalah beliau (Isham) ini pun dah lebih kurang sama dengan Syed Saddiq kalau dia rasa dia tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat dan dia persetujui ketika dia Ketua Penerangan UMNO dan sekarang bila dia tak dapat jadi Ketua Penerangan balik dia rasa dia tak bersetuju dia rasa pendirian parti ini (UMNO) patut ikut apa dikehendaki puak Perikatan Nasional (PN) dia nak parti ini bekerjasama dengan Perikatan Nasional bukan Pakatan Harapan bukan DAP.”
  • “Tetapi kalau dia masih lagi berada sebagai MKT UMNO setiap tindakan ini menyusahkan kita hari ini sepatutnya kita ini pimpinan kena yakinkan akar umbi kita untuk menerima PH dan rakan-rakan dalam komponen PH bukan kita ini menjadi batu api yang menyebabkan berlakunya perpecahan,” katanya menerusi klip video dimuat naik di platform X pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil digesa melepaskan jawatannya sekiranya tidak menerima pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) yang turut dianggotai DAP sebagai parti komponen.

Gesaan itu dibuat rakan separti, Datuk Lokman Noor Adam yang berkata setiap tindakan Isham ketika ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak menguntungkan dan hanya menyusahkan parti terbabit.

Lokman yang juga Ahli MKT UMNO berkata, sepatutnya sebagai pemimpin mereka perlu menyakinkan akar umbi untuk menerima PH dan rakan parti dalam komponen PH, bukannya menjadi ‘batu api’ hingga menyebabkan perpecahan berlaku.

“Jadi bagi sayalah beliau (Isham) ini pun dah lebih kurang sama dengan Syed Saddiq kalau dia rasa dia tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat dan dia persetujui ketika dia Ketua Penerangan UMNO dan sekarang bila dia tak dapat jadi Ketua Penerangan balik dia rasa dia tak bersetuju dia rasa pendirian parti ini (UMNO) patut ikut apa dikehendaki puak Perikatan Nasional (PN) dia nak parti ini bekerjasama dengan Perikatan Nasional bukan Pakatan Harapan bukan DAP.

“… maka sewajarnya dia meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan dia teruskan sokongan sama ada dia nak masuk PN pun boleh, dia nak jadi orang yang berbeza pandangan, dia nak memekak daripada luar pun takde masalah.

“Tetapi kalau dia masih lagi berada sebagai MKT UMNO setiap tindakan ini menyusahkan kita hari ini sepatutnya kita ini pimpinan kena yakinkan akar umbi kita untuk menerima PH dan rakan-rakan dalam komponen PH bukan kita ini menjadi batu api yang menyebabkan berlakunya perpecahan,” katanya menerusi klip video dimuat naik di platform X pada Isnin.

Pada Jun lalu, Isham dilaporkan menegaskan pendiriannya untuk terus membantu kemenangan UMNO berbanding memberi sokongan kepada parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan iaitu DAP.

Beliau berkata DAP disifatkan mampu menjaga diri sendiri kerana mereka mempunyai pengundi yang ramai dan tidak perlu risau mengenai parti berkenaan. 

Memetik kenyataan Isham, Lokman berkata beliau tiada masalah dengan perbezaan pandangan sedemikian, bagaimanapun lebih baik sekiranya bekas Ketua Penerangan UMNO itu tidak membangkitkan DAP.

“Itu pendirian dia tiada masalah untuk dia berbeza pandangan tetapi saya tanya dengan dia kenapa you perlu keluarkan ayat yang kedua itu? Bukankah lebih mudah dia kata saya akan bantu UMNO full stop

“Bila dia sebagai MKT, dia sambung ayat itu kata tidak akan bantu DAP maknanya dia menolak keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dalam itu ada DAP,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber : Platform X Dato’ Lokman Adam

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *