Terkini
Iraq mahu Sweden ekstradisi pembakar al-Quran, Salwan Momika
Pihak berkuasa Iraq meminta Kerajaan Sweden mengekstradisi (hantar pulang) pelarian Iraq yang beberapa kali membakar al-Quran di Stockholm, Salwan Momika untuk diadili atas perbuatannya.
- Pihak berkuasa Iraq meminta Kerajaan Sweden mengekstradisi (hantar pulang) pelarian Iraq yang beberapa kali membakar al-Quran di Stockholm, Salwan Momika untuk diadili atas perbuatannya.
- Permintaan pihak berkuasa Iraq itu disahkan peguam Salwan kepada agensi berita AFP pada Selasa, lapor portal Al Mayadeen English.
- “Iraq mahu beliau diekstradisi kerana tindakannya membakar al-Quran di luar masjid (di Stockholm) pada Jun lalu,” kata peguam, David Hall selepas Salwan disoal siasat polis Sweden berhubung permintaan ekstradisi itu.
- “Untuk diekstradisikan ke negara lain, undang-undang Sweden menetapkan bahawa jenayah itu mestilah dilakukan di Sweden dan Iraq,” kata Hall menjelaskan tindakan mencemarkan al-Quran di Sweden tidak dianggap sebagai jenayah dan berkemungkinan permintaan Iraq itu, tidak dipenuhi.
- Permohonan ekstradisi Salwan dijangka dipanjangkan ke Mahkamah Agung Sweden dan keputusan mengenainya akan mengambil masa dalam beberapa minggu atau bulan, kata peguam Salwan.
Pihak berkuasa Iraq meminta Kerajaan Sweden mengekstradisi (hantar pulang) pelarian Iraq yang beberapa kali membakar al-Quran di Stockholm, Salwan Momika untuk diadili atas perbuatannya.
Permintaan pihak berkuasa Iraq itu disahkan peguam Salwan kepada agensi berita AFP pada Selasa, lapor portal Al Mayadeen English.
“Iraq mahu beliau diekstradisi kerana tindakannya membakar al-Quran di luar masjid (di Stockholm) pada Jun lalu,” kata peguam, David Hall selepas Salwan disoal siasat polis Sweden berhubung permintaan ekstradisi itu.
“Untuk diekstradisikan ke negara lain, undang-undang Sweden menetapkan bahawa jenayah itu mestilah dilakukan di Sweden dan Iraq,” kata Hall menjelaskan tindakan mencemarkan al-Quran di Sweden tidak dianggap sebagai jenayah dan berkemungkinan permintaan Iraq itu, tidak dipenuhi.
Kerajaan Sweden mengecam perbuatan membakar al-Quran itu, tetapi pada sama menegakkan hak kebebasan bersuara berdasarkan undang-undang negara Skandinavia itu.
Peguam Salwan itu berkata beliau tidak faham mengapa Iraq bersusah payah dengan tuntutan sedemikian.
Salwan mendakwa Iraq menuntut penghantaran semula beliau ke negara asalnya itu untuk diadili dan bertanggungjawab di atas perbuatannya di Sweden mengikut undang-undang Islam.
Pelarian Iraq yang membakar al-Quran itu berkata, dia akan memfailkan aduan terhadap Menteri Luar Iraq, Fouad Hussein kerana didakwa melakukan jenayah politik ke atas dirinya.
Permohonan ekstradisi Salwan dijangka dipanjangkan ke Mahkamah Agung Sweden dan keputusan mengenainya akan mengambil masa dalam beberapa minggu atau bulan, kata Hall.
Sumber: Al Mayadeen English