Connect with us

Antarabangsa

Empat dihukum mati, jual alkohol haram ragut 17 nyawa di Iran

Iran menjatuhi hukuman mati ke atas empat individu kerana menjual alkohol haram tercemar yang meragut 17 nyawa dengan hampir 200 lagi mangsa dirawat di hospital pada Jun, menurut badan kehakiman.

Wartawan TMT

Published

on

Empat dihukum mati, jual alkohol haram ragut 17 nyawa di Iran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iran menjatuhi hukuman mati ke atas empat individu kerana menjual alkohol haram tercemar yang meragut 17 nyawa dengan hampir 200 lagi mangsa dirawat di hospital pada Jun, menurut badan kehakiman.
  • Iran melarang penjualan dan pengambilan alkohol sejak revolusi Islam pada 1979, menyebabkan penjualan alkohol seludup atau haram berleluasa, dengan ada yang dicemari metanol beracun.
  • Jun lalu, 17 maut dan 191 lagi dimasukkan ke hospital dengan gejala keracunan metanol selepas minum alkohol tercemar.
  • Daripada 11 tertuduh itu, empat dijatuhkan hukuman mati, manakala bakinya dihukum penjara satu hingga lima tahun, kata Setayeshi sambil menambah tertuduh boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Agung.

TEHRAN: Iran menjatuhi hukuman mati ke atas empat individu kerana menjual alkohol haram tercemar yang meragut 17 nyawa dengan hampir 200 lagi mangsa dirawat di hospital pada Jun, menurut badan kehakiman.

Iran melarang penjualan dan pengambilan alkohol sejak revolusi Islam pada 1979, menyebabkan penjualan alkohol seludup atau haram berleluasa, dengan ada yang dicemari metanol beracun.

Jun lalu, 17 maut dan 191 lagi dimasukkan ke hospital dengan gejala keracunan metanol selepas minum alkohol tercemar.

Jurucakap badan kehakiman, Massoud Setayeshi, berkata 11 tertuduh didakwa terbabit rasuah berhubung pengedaran minuman keras beracun di wilayah Alborz, barat Tehran.

Daripada 11 tertuduh itu, empat dijatuhkan hukuman mati, manakala bakinya dihukum penjara satu hingga lima tahun, kata Setayeshi sambil menambah tertuduh boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Agung.

Jun lalu, pihak berkuasa menyerbu sebuah kilang kosmetik dan merampas lebih 6,000 liter alkohol haram.

Ketika kemuncak pandemik COVID-19 pada 2020, sekurang-kurangnya 210 warga Iran maut selepas mengambil alkohol beracun kerana percaya ia boleh mencegah jangkitan virus itu. – AFP

Advertisement

Sumber : Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending