Connect with us

Terkini

Dewan Rakyat kecoh, Sany dakwa Sanusi kutuk Sultan Selangor

Dewan Rakyat yang sedang membahaskan laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) tiba-tiba kecoh dengan pertikaman lidah antara Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parti Buntar) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dewan Rakyat kecoh, Sany dakwa Sanusi kutuk Sultan Selangor
Foto: Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) (kiri), & Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kanan).
  • Dewan Rakyat yang membahaskan laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) semalam, tiba-tiba kecoh pertikaman lidah antara Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parti Buntar) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat).
  • Kedua-duanya bertikam lidah, Mohd Sany mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ‘mengutuk’ Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • “Itu sultan aku, yang dia hina itu sultan aku, dia kutuk. Kamu tidak tengok berita dan TikTok, duduk dalam gua ke?” teriak Mohd Sany.
  • “Tadi Hulu Langat kata Menteri Besar Kedah ‘kutuk’ Sultan Selangor, mana ada? Cakap elok sedikit tarik balik atau buat kenyatan di luar Dewan Rakyat supaya boleh disaman,” kata Mohd Misbahul dengan meminta Mohd Sany menarik balik kenyataan.
  • Semua bermula apabila Mohd Sany bertanyakan pendirian Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) tentang kenyataan Sanusi didakwa mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat yang sedang membahaskan laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) tiba-tiba kecoh dengan pertikaman lidah antara Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parti Buntar) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat).

Kedua-duanya bertikam lidah tatkala Mohd Sany mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ‘mengutuk’ Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Itu sultan aku, yang dia hina itu sultan aku, dia kutuk. Kamu tidak tengok berita dan TikTok, duduk dalam gua ke?” teriak Mohd Sany.

Sebelum itu, Mohd Misbahul bangun mengemukakan usul untuk merujuk Mohd Sany ke Lembaga Kebebasan Hak dan Keistimewaan Parlimen.

“Tadi Hulu Langat kata Menteri Besar Kedah ‘kutuk’ Sultan Selangor, mana ada? Cakap elok sedikit tarik balik atau buat kenyatan di luar Dewan Rakyat supaya boleh disaman,” katanya dengan meminta Mohd Sany untuk menarik balik kenyataan tersebut.

Semua bermula apabila Mohd Sany bertanyakan pendirian Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) tentang kenyataan Sanusi yang didakwa mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya sokong yang betul, tak betul kita sanggah, contoh Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) keluarkan fatwa undi Suhaizan (calon PH di PRK Pulai) haram, nampak Sultan Selangor sudah tegur.

“Bila Menteri Besar Kedah ‘kutuk’ Sultan Selangor, apa pendirian Hulu Selangor?” soal Mohd Sany.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng kemudiannya mengarahkan agar Mohd Sany memberikan penjelasan.

“Parit Buntar sudah cabar Hulu Langat untuk cakap di luar, kalau Hulu Langat mahu dia boleh sebut di luar (Dewan Rakyat),” kata Alice.

Alice kemudiannya mengarahkan Mohd Misbahul Munir untuk mengambil tempat untuk berbahas KSP RMK-12.

Sumber: MalaysiaGazette

Author