Antarabangsa
China desak EU kekalkan kerjasama hadapi ketidaktentuan global
China dan Eropah perlu ‘bersatu dan bekerjasama’ menentang ketidaktentuan global, tegas Perdana Menteri China, Li Qiang kepada Kesatuan Eropah (EU) di Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India.

- China dan Eropah perlu ‘bersatu dan bekerjasama’ menentang ketidaktentuan global, tegas Perdana Menteri China, Li Qiang kepada Kesatuan Eropah (EU) di Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India.
- Seruan itu dibuat Qiang ketika kebimbangan blok Eropah mengenai sikap agresif China semakin meningkat.
- “Pencegahan risiko tidak mendahului kerjasama dan kadar saling bergantung tidak boleh disamakan dengan rasa kurang yakin.
- “EU perlu menyediakan persekitaran tanpa diskriminasi untuk syarikat China, selain Beijing sentiasa bersedia mengukuhkan dialog serta kerjasama dalam bidang seperti tenaga bersih dan kewangan hijau,” menurut Kementerian Luar China yang memetik kenyataan Qiang.
BEIJING: China dan Eropah perlu ‘bersatu dan bekerjasama’ menentang ketidaktentuan global, tegas Perdana Menteri China, Li Qiang kepada Kesatuan Eropah (EU) di Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India.
Seruan itu dibuat Qiang ketika kebimbangan blok Eropah mengenai sikap agresif China semakin meningkat.
“Pencegahan risiko tidak mendahului kerjasama dan kadar saling bergantung tidak boleh disamakan dengan rasa kurang yakin.
“EU perlu menyediakan persekitaran tanpa diskriminasi untuk syarikat China, selain Beijing sentiasa bersedia mengukuhkan dialog serta kerjasama dalam bidang seperti tenaga bersih dan kewangan hijau,” menurut Kementerian Luar China yang memetik kenyataan Qiang.
Selain itu, pertemuan antara Qiang dengan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen kelmarin juga menyaksikan pemimpin China itu menekankan Beijing dan EU harus bersatu.
Jelas Qiang, EU dan Beijing perlu menggunakan hubungan yang stabil antara mereka sebagai ‘perisai’ menghadapi ketidaktentuan global.
Presiden China, Xi Jinping tidak menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Pada Jun lalu, EU menggunakan strategi ‘mengurangkan risiko’ bagi menguruskan kadar kebergantungannya kepada China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular