Connect with us

Antarabangsa

Biskop Katolik bantah peraturan pro-LGBT diperkenalkan pentadbiran Biden

Biskop Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengeluarkan surat mengkritik cadangan peraturan persekutuan bertujuan untuk menangani dakwaan diskriminasi ke atas individu LGBT yang menerima geran program Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Biskop Katolik bantah peraturan pro-LGBT diperkenalkan pentadbiran Biden
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Biskop AS pada minggu lalu mengeluarkan surat mengkritik cadangan peraturan persekutuan bertujuan untuk menangani dakwaan diskriminasi ke atas individu LGBT yang menerima geran program Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS). 
  • HHS pada musim panas lalu mengeluarkan notis cadangan pembuatan peraturan (NPRM) yang bertujuan menegakkan hak sivil dan peluang sama rata kepada semua penerima bantuan programnya. 
  • Dasar baharu itu akan melindungi kelompok LGBTQI+ daripada diskriminasi dalam program kesihatan dan perkhidmatan dengan menghapuskan larangan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina semasa memohon geran itu.
  • Pejabat Penasihat Umum dalam Persidangan Biskop Katolik AS dalam suratnya pada Selasa minggu lalu memberi amaran bahawa NPRM mentafsir semula undang-undang tanpa diskriminasi persekutuan yang menimbulkan konflik dalam ajaran Katolik melalui operasi badan amal Katolik.
  • Cadangan peraturan baharu itu antara lain memberi kuasa kepada tempat perlindungan satu jantina untuk menempatkan lelaki biologi dikenalpasti sebagai wanita di premis itu, bertentangan dengan ajaran Katolik mengenai perbezaan maruah antara lelaki dan wanita.
  • Peguam menyatakan peraturan yang memerlukan badan amal memanggil pekerja atau penerima manfaat kata ganti yang tidak sesuai dengan jantina biologinya adalah melanggar kepercayaan Katolik dan mengancam kerja amal Katolik dalam program kerajaan.

Biskop Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengeluarkan surat mengkritik cadangan peraturan persekutuan bertujuan untuk menangani dakwaan diskriminasi ke atas individu LGBT yang menerima geran program Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS). 

HHS pada musim panas lalu mengeluarkan notis cadangan pembuatan peraturan (NPRM) yang bertujuan menegakkan hak sivil dan peluang sama rata kepada semua penerima bantuan programnya. 

Dasar baharu itu akan melindungi kelompok LGBTQI+ daripada diskriminasi dalam program kesihatan dan perkhidmatan dengan menghapuskan larangan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina semasa memohon geran itu.

Pejabat Penasihat Umum dalam Persidangan Biskop Katolik AS dalam suratnya pada Selasa minggu lalu memberi amaran bahawa NPRM mentafsir semula undang-undang tanpa diskriminasi persekutuan yang menimbulkan konflik dalam ajaran Katolik melalui operasi badan amal Katolik.

Surat itu menyatakan, contohnya, banyak badan amal Katolik menawarkan tempat perlindungan kecemasan untuk mangsa keganasan rumah tangga dan beberapa premis itu distrukturkan sebagai persekitaran satu jantina. 

Cadangan peraturan baharu itu antara lain memberi kuasa kepada tempat perlindungan satu jantina untuk menempatkan lelaki biologi dikenalpasti sebagai wanita di premis itu bertentangan dengan ajaran Katolik mengenai perbezaan maruah antara lelaki dan wanita.

“Mana-mana badan amal yang mempunyai bilik mandi lelaki dan wanita berasingan atau kawasan persalinan boleh membenarkan lelaki menggunakan kemudahan wanita dan beitu juga sebaliknya,” kata surat itu dipetik Catholic News Agency.

Peguam menyatakan peraturan yang memerlukan badan amal memanggil pekerja atau penerima manfaat kata ganti yang tidak sesuai dengan jantina biologinya adalah melanggar kepercayaan Katolik dan mengancam kerja amal Katolik dalam program kerajaan. 

Kepercayaan penganut Gereja Katolik terhadap “perintah dalam dunia semula jadi yang direka oleh Penciptanya” merangkumi tubuh manusia yang dibezakan secara seksual sebagai lelaki atau perempuan dan peraturan baharu itu akan mencerminkan premis antropologi yang tidak betul.

Sumber: The Catholic News Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *