Antarabangsa
AS, sekutu gugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001
Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya secara purata menggugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001, demikian menurut penyelidikan kumpulan anti-perang CODEPINK.

- Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya secara purata menggugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001, demikian menurut penyelidikan kumpulan anti-perang CODEPINK.
- Menurut penyelidikan Medea Benjamin dan Nicolas JS Davies, diterbitkan di laman web Common Dream pada Mac 2021, AS dan sekutunya menggugurkan lebih 326,000 bom dan peluru berpandu sejak 2001, termasuk 152,000 di Iraq dan Syria.
- Penyelidikan itu menyatakan bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengumuman rasmi tentera AS serta data dari Bureau of Investigative Journalism, Yemen Data Project, dan New America Foundation.
- Ditubuhkan pada November 2002 oleh 100 wanita, CODEPINK adalah organisasi akar umbi yang berusaha untuk menamatkan peperangan AS dan ketenteraan di dunia.
Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya secara purata menggugurkan 46 bom setiap hari ke atas negara lain sejak 2001, demikian menurut penyelidikan kumpulan anti-perang CODEPINK
Menurut penyelidikan Medea Benjamin dan Nicolas JS Davies, diterbitkan di laman web Common Dream pada Mac 2021, AS dan sekutunya menggugurkan lebih 326,000 bom dan peluru berpandu sejak 2001, termasuk 152,000 di Iraq dan Syria.
Penyelidikan itu menyatakan bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengumuman rasmi tentera AS serta data dari Bureau of Investigative Journalism, Yemen Data Project, dan New America Foundation.
Times of India melaporkan angka sebenar dijangkakan lebih tinggi selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menamatkan penerbitan angka dalam kempen pengebomannya pada 2020.
Penyelidikan itu diterbitkan selepas Tentera Udara AS dilaporkan menjatuhkan tujuh bom seberat 500 pound di wilayah timur Syria pada 25 Februari 2021 yang mengorbankan 22 individu.
Penulis penyelidikan itu berkata Presiden Joe Biden dengan bodohnya cuba menggunakan serangan udara di Syria sebagai tekanan terhadap Iran dan bukannya kembali kepada perjanjian nuklear Iran sebagaimana dijanjikannya semasa kempen pilihan raya.
Penyelidikan itu membuat kesimpulan bahawa Biden tidak boleh memulihkan penghormatan dunia terhadap kepimpinan AS atau sokongan orang ramai terhadap dasar luarnya dengan menimbunkan lebih banyak pembohongan, rahsia dan kekejaman.
Ditubuhkan pada November 2002 oleh 100 wanita, CODEPINK adalah organisasi akar umbi yang berusaha untuk menamatkan peperangan AS dan ketenteraan di dunia.
Sumber: Times of India
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular