Connect with us

Antarabangsa

AS rompak hasil bumi, Syria mahu PBB ambil tindakan 

Syria menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung pendudukannya ke atas sebahagian wilayah Syria dan pengekstrakan sumber asli secara haram di sebahagian wilayah itu, lapor media SANA.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS rompak hasil bumi, Syria mahu PBB ambil tindakan 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syria menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung pendudukannya ke atas sebahagian wilayah Syria dan pengekstrakan sumber asli secara haram di sebahagian wilayah itu, lapor media SANA.
  • Damsyik juga menuntut pampasan ke atas tindakan Washington yang disifatkan “menjarah” sumber gas dan minyak negara itu.
  • SANA dalam artikelnya pada Ahad lalu memetik surat yang dihantar Kementerian Luar dan Ekspatriat Syria kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Albania selaku Presiden Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Berdasarkan anggaran dikemukakan dalam surat itu, kementerian berkenaan menyatakan nilai kerosakan ke atas sektor minyak dan mineral Syria akibat pencerobohan, rompakan dan sabotaj tentera AS itu berjumlah $115.2 bilion.

Syria menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung pendudukannya ke atas sebahagian wilayah Syria dan pengekstrakan sumber asli secara haram di sebahagian wilayah itu, lapor media SANA.

Damsyik juga menuntut pampasan ke atas tindakan Washington yang disifatkan “menjarah” sumber gas dan minyak negara itu.

SANA dalam artikelnya pada Ahad lalu memetik surat yang dihantar Kementerian Luar dan Ekspatriat Syria kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Albania selaku Presiden Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Tuntutan itu supaya AS menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan tenteranya yang berada secara haram di bahagian timur laut dan tenggara Syria.

Kementerian Luar Syria juga mendakwa Washington dan kumpulan militan bersekutu juga merompak “kekayaan dan sumber strategik negara”.

Berdasarkan anggaran dikemukakan dalam surat itu, kementerian berkenaan menyatakan nilai kerosakan ke atas sektor minyak dan mineral Syria akibat pencerobohan, rompakan dan sabotaj tentera AS itu berjumlah $115.2 bilion.

Tempoh anggaran kerugian dan kerosakan hasil sabotaj direkodkan itu bermula dari tahun 2011 sehingga penghujung separuh tahun pertama 2023.

Konflik di Syria yang mula tercetus pada Mac 2011 itu bermula apabila kumpulan pihak pembangkang mula bangkit menentang kerajaan Presiden Bashar Assad.

Pada 2015, Assad bertindak menjemput Russia untuk campur tangan bagi membantu pasukan pertahanannya memerangi ancaman yang muncul dari militan IS. 

Setahun sebelum itu, Washington turut melancarkan kempen ketenteraannya sendiri tetapi bukan atas sebarang jemputan dari Damsyik.

Sumber: RT, SANA

Author