Connect with us

Antarabangsa

AS dakwa Google bayar AS$10 bilion setahun bagi monopoli carian

Amerika Syarikat (AS) menuduh Google membayar AS$10 bilion (RM46 bilion) setahun kepada Apple dan firma lain untuk melindungi monopolinya ke atas enjin carian dalam talian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS dakwa Google bayar AS$10 bilion setahun bagi monopoli carian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) menuduh Google membayar AS$10 bilion (RM46 bilion) setahun kepada Apple dan firma lain untuk melindungi monopolinya ke atas enjin carian dalam talian.
  • Menurut peguam Jabatan Kehakiman, Kenneth Dintzer, kes ini mengenai masa depan internet dan sama ada Google akan menghadapi persaingan bermakna dalam pencarian.
  • “Google membayar AS$10 bilion (RM46 bilion) setiap tahun kepada Apple dan yang lain untuk mendapatkan status enjin carian pilihan pada telefon dan pelayar laman sesawang, sekali gus menguburkan peluang ‘orang baru’ sebelum mereka memasuki pasaran.
  • “Sepanjang dekad yang lalu, ini mewujudkan apa yang kerajaan panggil sebagai ‘gelung maklum balas’, di mana dominasi Google semakin besar kerana monopoli akses kepada data pengguna yang tidak dapat dipadamkan oleh pesaing.
  • “Melalui gelung maklum balas ini, roda ini telah berputar selama lebih 12 tahun berpihak kepada Google dan akan sentiasa beralih bagi memberi kelebihan kepada Google,” kata Dintzer kepada mahkamah.
  • Perbicaraan itu adalah kali pertama di mana pendakwa AS mendepani syarikat teknologi besar secara langsung sejak Microsoft disasarkan lebih dua dekad lalu atas penguasaan sistem pengendalian Windows miliknya.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menuduh Google membayar AS$10 bilion (RM46 bilion) setahun kepada Apple dan firma lain untuk melindungi monopolinya ke atas enjin carian dalam talian.

Tuduhan itu dibuat pada hari pembukaan perbicaraan penting yang menjadi kes anti-monopoli terbesar di AS dalam lebih dua dekad.

Menurut peguam Jabatan Kehakiman, Kenneth Dintzer, kes ini adalah mengenai masa depan internet dan sama ada Google akan menghadapi persaingan yang bermakna dalam pencarian.

“Google membayar AS$10 bilion (RM46 bilion) setiap tahun kepada Apple dan yang lain untuk mendapatkan status enjin carian pilihan pada telefon dan pelayar laman sesawang, sekali gus menguburkan peluang ‘orang baru’ sebelum mereka memasuki pasaran.

“Sepanjang dekad yang lalu, ini mewujudkan apa yang kerajaan panggil sebagai ‘gelung maklum balas’, di mana dominasi Google semakin besar kerana monopoli akses kepada data pengguna yang tidak dapat dipadamkan oleh pesaing.

“Melalui gelung maklum balas ini, roda ini telah berputar selama lebih 12 tahun berpihak kepada Google dan akan sentiasa beralih bagi memberi kelebihan kepada Google,” kata Dintzer kepada mahkamah.

Tambah beliau, pihaknya akan menjejaki apa yang Google lakukan untuk mengekalkan monopolinya kerana isunya bukan mengenai apa yang boleh dilakukan atau sepatutnya dilakukan, sebaliknya tertumpu kepada apa yang mereka sedang lakukan.

Penguasaan itu telah menjadikan induk Google, Alphabet, sebagai antara syarikat terkaya di dunia, dengan iklan carian menjana hampir 60 peratus daripada hasil syarikat, mengurangkan pendapatan daripada aktiviti lain seperti YouTube atau telefon Android.

Perbicaraan itu adalah kali pertama di mana pendakwa AS mendepani syarikat teknologi besar secara langsung sejak Microsoft disasarkan lebih dua dekad lalu atas penguasaan sistem pengendalian Windows miliknya.

Kes Google tertumpu pada pertikaian kerajaan bahawa syarikat teknologi itu secara tidak adil memperoleh penguasaan carian dalam talian menerusi pemalsuan kontrak eksklusif dengan pembuat peranti, pengendali mudah alih dan syarikat lain, menyebabkan pesaing tiada peluang untuk bersaing.

Kini selepas lebih 10 minggu dan berpuluh-puluh saksi dipanggil, Google akan cuba memujuk Hakim, Amit P Mehta bahawa kes yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman AS adalah tanpa merit.

Sementara itu, peguam Google, John Schmidtlein, berkata Google sudah berpuluh tahun berinovasi dan menambah baik enjin cariannya serta menyifatkan plaintif tidak dapat menerima kebenaran itu.

“Google dengan tegas menolak kes AS atas alasan bahawa bahawa enjin cariannya berjaya kerana kualitinya dan pelaburan besar yang dibuat selama ini.

“Mahkamah ini tidak boleh campur tangan dalam pasaran dengan mengatakan Google tidak dibenarkan bersaing. Ini bercanggah sama sekali dengan undang-undang anti-monopoli AS,” katanya.

Schmidtlein menegaskan bahawa keterangan daripada eksekutif di Apple dan yang lain akan menunjukkan bahawa Google memenangi status pilihan utama yang diidamkan pada iPhone dan pelayar lain ‘atas merit’.

Mangsa terbesar yang didakwa dalam kes itu ialah enjin carian saingan yang masih belum memperoleh bahagian pasaran yang bermakna untuk carian atau iklan carian berbanding Google, seperti Microsoft Bing dan DuckDuckGo.

Google kekal sebagai enjin carian utama dunia, menguasai 90 peratus pasaran di AS dan seluruh dunia, kebanyakannya datang melalui penggunaan mudah alih pada iPhone dan telefon Android milik Google. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *