Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi ‘semakin dekat’ dengan Israel – MBS

Perjanjian normalisasi antara Arab Saudi dan Israel semakin dekat “setiap hari”, kata Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud pada Rabu dalam satu wawancara bersama media berbahasa Inggeris.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi ‘semakin dekat’ dengan Israel – MBS
Foto: Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud.
  • Perjanjian normalisasi antara Arab Saudi dan Israel semakin dekat “setiap hari”, kata Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud (MBS) pada Rabu dalam satu wawancara bersama media berbahasa Inggeris.
  • “Kami berharap ia akan mencapai satu tahap, di mana ia akan meringankan kehidupan rakyat Palestin, menjadikan Israel sebagai pemain di Timur Tengah,” kata Putera Mahkota Saudi itu kepada Fox News dipetik Middle East Eye.  
  • Amerika Syarikat (AS), selama berbulan-bulan, mengetuai usaha untuk mencapai perjanjian di antara Arab Saudi dan Israel yang akan mewujudkan hubungan rasmi.
  • Arab Saudi menawarkan usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel sejak 2002 di bawah Rancangan Keamanan Arab yang menyeru kepada pembentukan negara Palestin merdeka di Tebing Barat dan Gaza dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Perjanjian normalisasi antara Arab Saudi dan Israel semakin dekat “setiap hari”, kata Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud pada Rabu dalam satu wawancara bersama media berbahasa Inggeris.

“Bagi kami (Arab Saudi), isu Palestin adalah sangat penting. Kita perlu selesaikan bahagian itu.

“Kami berharap ia akan mencapai satu tahap, di mana ia akan meringankan kehidupan rakyat Palestin, menjadikan Israel sebagai pemain di Timur Tengah,” kata Putera Mahkota Saudi itu kepada Fox News dipetik Middle East Eye.  

Amerika Syarikat (AS), selama berbulan-bulan, mengetuai usaha untuk mencapai perjanjian di antara Arab Saudi dan Israel yang akan mewujudkan hubungan rasmi.

Arab Saudi menawarkan usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel sejak 2002 di bawah Rancangan Keamanan Arab.

Rancangan itu menyeru kepada pembentukan negara Palestin merdeka di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin.

Ditanya Fox News sama ada rundingan Arab Saudi-Israel digantung baru-baru ini, MBS menafikan laporan itu sambil menegaskan, hubungan antara kedua-dua negara itu semakin rapat.

Advertisement

Sumber: Middle East Eye

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending