Connect with us

Terkini

AGC perlu sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen – Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa memo dalaman yang bocor membabitkan tuduhan enam pecah amanah dihadapinya benar-benar wujud dan kandungannya adalah tulen.

Wartawan TMT

Published

on

AGC perlu sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen – Najib Razak
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (kiri) & Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan).
  • Datuk Seri Najib Razak meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa memo dalaman yang bocor membabitkan tuduhan enam pecah amanah dihadapinya benar-benar wujud dan kandungannya adalah tulen.
  • Memo setebal 12 muka surat yang tersebar di media sosial itu menyatakan, penilaian mendapati bukti dalam kes terbabit ‘sangat tidak mencukupi’ untuk membuktikan wujudnya kes prima facie bagi enam tuduhan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
  • Memo itu dikatakan dihantar Ketua Pendakwa Raya dalam kes itu, Datuk Jamil Aripin kepada Tan Sri Tommy Thomas, iaitu Peguam Negara ketika itu.
  • Dalam prosiding sebutan kes itu hari ini, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, memo itu menyatakan bahawa Jamil, yang mengetuai pasukan pendakwaan bersama tujuh timbalan pendakwa raya dan lima pegawai penyiasat, sebulat suara mengambil pendirian bahawa tuduhan itu tidak boleh dipertahankan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa memo dalaman yang bocor membabitkan tuduhan enam pecah amanah dihadapinya benar-benar wujud dan kandungannya adalah tulen.

Memo setebal 12 muka surat yang tersebar di media sosial itu menyatakan, penilaian mendapati bukti dalam kes terbabit ‘sangat tidak mencukupi’ untuk membuktikan wujudnya kes prima facie bagi enam tuduhan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Memo itu dikatakan dihantar Ketua Pendakwa Raya dalam kes itu, Datuk Jamil Aripin kepada Tan Sri Tommy Thomas, iaitu Peguam Negara ketika itu.

Dalam prosiding sebutan kes itu hari ini, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, memo itu menyatakan bahawa Jamil, yang mengetuai pasukan pendakwaan bersama tujuh timbalan pendakwa raya dan lima pegawai penyiasat, sebulat suara mengambil pendirian bahawa tuduhan itu tidak boleh dipertahankan.

Menurut Muhammad Shafee, pasukan pendakwaan menyatakan pertuduhan terbabit tidak seharusnya dikemukakan dari mula lagi kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum bagi kesalahan pecah amanah dan untuk mewujudkan kes prima facie.

“Itu adalah pendapat yang sangat buruk terhadap pihak pendakwaan untuk meneruskan dengan tuduhan ini, oleh itu bagi membuktikan pembelaan kami, kami meminta pendakwaan mengambil pendirian sama ada dokumen yang bocor ini adalah benar-benar wujud dan tulen.

“Memo ini menjadi relevan kerana hujahan kami adalah kes ini secara terang-terangan satu penyalahgunaan proses mahkamah dan pendakwaan politik, terutama sekali apabila Tommy sendiri mengakui bahawa beliau adalah lantikan politik.

Advertisement

Bagaimanapun, peguam bela Mohd Irwan, Datuk K Kumaraendran berkata adalah tidak sesuai bagi semua pihak untuk membangkitkan mengenai perkara berkenaan pada peringkat ini.

Beliau kemudian mencadangkan supaya semua Individu yang dinyatakan dalam memo itu dimasukkan dalam senarai saksi.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berkata pihaknya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit.

Katanya, pendakwaan akan menyerahkan semua pernyataan saksi dan senarai saksi kepada pembelaan 14 hari sebelum perbicaraan bermula.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending