Connect with us

Terkini

Ada peruncit enggan jual beras tempatan kerana keuntungan rendah 

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan terdapat peruncit yang enggan menjual beras tempatan, sekali gus antara faktor menyumbang masalah kekurangan barang keperluan itu di pasaran. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ada peruncit enggan jual beras tempatan kerana keuntungan rendah 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan terdapat peruncit yang enggan menjual beras tempatan, sekali gus antara faktor menyumbang masalah kekurangan barang keperluan itu di pasaran. 
  • Ketua Pengarah Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras KPKM, Datuk Azman Mahmood berkata, peniaga mendakwa margin keuntungan diperoleh rendah iaitu antara 30 sen hingga 50 sen, yang menyebabkan ada segelintir daripada pihak itu enggan menjual beras tempatan.
  • Beliau juga menafikan dakwaan peruncit yang mengatakan pihak pengilang hanya menghantar beras import kepada kedai runcit.
  • “Itu dia (peruncit) tipu. Dia sendiri yang tak nak (beras tempatan) sebab nak lebih untung. Kalau dia jual beras import, dapat sekitar RM1.50 sen per kampit.
  • “Kedai-kedai runcit tidak minat untuk nak jual beras tempatan sebab margin keuntungan mereka antara 30 sen hingga 50 sen sahaja,” katanya hari ini.
  • Beliau mengulas rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras tempatan di pasaran kebelakangan ini.

Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendedahkan terdapat peruncit yang enggan menjual beras tempatan, sekali gus antara faktor menyumbang masalah kekurangan barang keperluan itu di pasaran. 

Ketua Pengarah Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras KPKM, Datuk Azman Mahmood berkata, peniaga mendakwa margin keuntungan diperoleh rendah iaitu antara 30 sen hingga 50 sen, yang menyebabkan ada segelintir daripada pihak itu enggan menjual beras tempatan.

Beliau juga menafikan dakwaan peruncit yang mengatakan pihak pengilang hanya menghantar beras import kepada kedai runcit.

“Itu dia (peruncit) tipu. Dia sendiri yang tak nak (beras tempatan) sebab nak lebih untung. Kalau dia jual beras import, dapat sekitar RM1.50 sen per kampit.

“Kedai-kedai runcit tidak minat untuk nak jual beras tempatan sebab margin keuntungan mereka antara 30 sen hingga 50 sen sahaja.

“Peruncit dakwa beras tempatan dah tak dapat, sedangkan memang dia sendiri tak nak jual. Mereka peniaga (tak boleh dipaksa), mereka bukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras tempatan di pasaran kebelakangan ini.

Sebelum ini, tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan sekitarnya mendapati kebanyakan kedai menjual beras pelbagai jenama, namun semua setiap kampit dicop biru bulat tertera ‘Beras Putih Super (Import). 

Dalam pada itu, Azman mengakui terdapat kemerosotan pengeluaran padi iaitu daripada 65 peratus pada 2021, manakala kadar mampu diri (SSL) dalam bekalan beras menurun kepada 62.6 peratus bagi 2022.

“Data 2023 kita tak tahu lagi tetapi faktor cuaca memang mempengaruhi antara sebab penurunan itu,” katanya.

Beliau juga menjelaskan senario yang berlaku ketika ini apabila harga beras import terlalu tinggi, maka permintaan beras tempatan turut melonjak.

Mengenai kenyataan Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) Ismail Awang semalam, yang mendakwa isu kekurangan beras tempatan terjadi berkemungkinan disebabkan pengilang berskala besar tidak mengeluarkan beras mencukupi untuk keperluan negara, katanya, ia hanya andaian yang tidak sepatutnya dikeluarkan hingga mengeruhkan lagi keadaan.

“Dia (Ismail) kena buktikan. Jangan cakap kosong macam itu sahaja, tak boleh begitu. Kena beri bukti kilang mana berbuat begitu supaya kita boleh siasat terus.

“Dia kena jujur, dalam benda (situasi) macam ini kena jujurlah dalam kita buat kenyataan. Kadang-kadang ada yang minta kerajaan subsidi untuk bagi projek kepada pihaknya. Kita tak mahu begitu, memang ada orang nak menangguk di air yang keruh,” katanya.

Sementara itu, Azman berpandangan tiada keperluan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diberi kuasa penguatkuasaan dalam hal berkaitan beras, memandangkan kementerian itu masih mampu melaksana tugas diamanahkan dan turut menjalin operasi bersepadu bersama.

“Kita ada 194 penguat kuasa seluruh negara. Bukan setakat fizikal, kita juga memantau daripada sistem dibangunkan. Maknanya setiap kilang, pemborong dan peruncit mereka kena membuat pengisytiharan dalam sistem, kita guna teknologi dalam pemantauan. 

“Tidak semestinya ramai anggota penguat kuasa, kita boleh selesai masalah, bukan begitu,” katanya.

Semalam, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan berkaitan ‘extention of authority’ (perluasan penguatkuasaan) itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikannya hari ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *