Connect with us

Antarabangsa

17 penganut Kristian ditahan di bawah undang-undang anti-penukaran agama India

Tujuh belas penganut Kristian, termasuk tujuh wanita, ditahan di negeri utara India di bawah undang-undang anti-penukaran agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tujuh belas penganut Kristian, termasuk tujuh wanita, ditahan di negeri utara India di bawah undang-undang anti-penukaran agama.
  • Polis di Uttar Pradesh menahan mereka semasa upacara sembahyang pada Ahad lalu berikutan aduan penduduk setempat.
  • “Tuduhan yang dilemparkan kepada mereka tidak berasas sama sekali,” kata setiausaha agung badan amal berpangkalan di New Delhi ‘Unity in Compassion’, Minakshi Singh. 
  • Pengadu, Subhash Chandra Jatav dalam aduannya menuduh penganut Kristian, Dinesh Chandrashekhar mengajaknya ke majlis sembahyang sebelum menawarkan bantuan kewangan jika menukar agamanya. 
  • Kumpulan Hindu dan BJP sering menuduh mubaligh Kristian ingin mengajak mereka memasuki agama Kristian melalui rayuan dan penipuan di seluruh negara.

Tujuh belas penganut Kristian, termasuk tujuh wanita, ditahan di negeri utara India di bawah undang-undang anti-penukaran agama.

Polis di Uttar Pradesh menahan mereka semasa upacara sembahyang pada Ahad lalu berikutan aduan penduduk setempat.

“Tuduhan yang dilemparkan kepada mereka tidak berasas sama sekali,” kata setiausaha agung badan amal berpangkalan di New Delhi ‘Unity in Compassion’, Minakshi Singh. 

“Ia melanggar hak perlembagaan untuk mengamalkan agama pilihan,” kata Singh dipetik UCA News, mempersoalkan tindakan polis terhadap mereka yang beribadat secara aman.

Singh berkata pihaknya akan segera mengemukakan permohonan ke mahkamah tempatan untuk mengikat jamin individu terbabit.

Pengadu, Subhash Chandra Jatav dalam aduannya menuduh penganut Kristian, Dinesh Chandrashekhar mengajaknya untuk ke majlis sembahyang itu. 

Menurut pengadu, penganjur bercakap tentang kepentingan menjadi Kristian dan mendakwa Chandrashekhar dan yang lain menawarkan bantuan kewangan untuk menukar agama. 

Pengadu mendakwa menolak penukaran agama dan membuat laporan polis yang memfailkan kes itu menggunakan peruntukan undang-undang anti-penukaran agama di Uttar Pradesh yang dikuasai parti pro-Hindu Bharatiya Janata Party (BJP), pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi sejak 2017.

“Tiada siapa yang ditukar agama dan tiada percubaan sedemikian dilakukan,” kata Singh.

Singh mendakwa pengadu terbabit merancang menyertai upacara ibadah untuk menyasarkan kelompok Kristian.

Kumpulan Hindu dan BJP sering menuduh mubaligh Kristian ingin mengajak mereka memasuki agama Kristian melalui rayuan dan penipuan di seluruh negara.

Sumber: UCA News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *