Connect with us

Antarabangsa

Undang-undang hijab Iran dikaji semula secara tertutup

Ahli Parlimen Iran mengundi untuk mengkaji semula undang-undang hijab kontroversi secara tertutup.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Undang-undang hijab Iran dikaji semula secara tertutup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli Parlimen Iran mengundi untuk mengkaji semula undang-undang hijab kontroversi secara tertutup.
  • Rang Undang-Undang Hijab itu akan mengenakan hukuman baharu kepada wanita yang gagal bertudung. 
  • Menurut BBC News, ramai wanita sengaja melanggar undang-undang kod berpakaian sebagai protes terhadap kematian Mahsa Amini, 22, yang mati dalam tahanan selepas ditangkap kerana melanggar peraturan hijab itu.

Ahli Parlimen Iran mengundi untuk mengkaji semula undang-undang hijab kontroversi secara tertutup.

Rang Undang-Undang Hijab itu akan mengenakan hukuman baharu kepada wanita yang gagal bertudung. 

Ia digubal sebagai tindak balas protes besar-besaran selama berbulan-bulan ekoran kematian seorang tahanan wanita yang gagal memakai tudung dengan betul. 

Ahli Parlimen menggunakan Artikel 85 Perlembagaan Iran bagi membolehkan jawatankuasa Parlimen menyemak rang undang-undang tanpa perbahasan umum. 

Undian itu berlangsung dalam sesi terbuka yang menyaksikan 175 Ahli Parlimen menyokong, manakala 49 menentang. 

Ahli Parlimen Iran, Mohammad Rashidi berkata Ahli Parlimen akan mengundi untuk menentukan tempoh masa pelaksanaannya secara ‘eksperimen’.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Gholamreza NouriQezeljeh memberi amaran bahawa langkah itu berbahaya kerana memfokuskan kepada ‘menjenayahkan dan menghukum’ pelanggaran hijab. 

Menurut BBC News, ramai wanita sengaja melanggar undang-undang kod berpakaian sebagai protes terhadap kematian Mahsa Amini, 22, yang mati dalam tahanan selepas ditangkap kerana melanggar peraturan hijab itu.

Sumber: BBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *