Antarabangsa
Skittles diboikot pengguna kerana promosi ideologi LGBTQ+
Pengguna mula memboikot syarikat pengeluar Skittles ekoran pengeluaran pek pembungkusan gula-gula itu yang didapati mempromosikan ideologi kelompok songsang LGBTQ+.

- Pengguna mula memboikot Skittles ekoran pengeluaran pek pembungkusan gula-gula itu yang didapati mempromosikan ideologi kelompok songsang LGBTQ+.
- Terkini, syarikat pengeluar Skittles mengeluarkan pek pembungkusan baharu dengan slogan ‘Taste the rainbow’ yang tertera frasa ‘Black Trans Lives Matter’.
- Laman sesawang Skittles.com juga memperlihatkan pilihan klik tertera “SKITTLES Pride” dan animasi “There’s a story in every rainbow” jika ia diklik.
- “Kami menyerahkan pelangi kami supaya komuniti LGBTQ+ boleh berkongsi pelangi mereka,” kata syarikat itu dipetik Fox News.
Pengguna mula memboikot Skittles ekoran pengeluaran pek pembungkusan gula-gula itu yang didapati mempromosikan ideologi kelompok songsang LGBTQ+.
Terkini, syarikat pengeluar Skittles mengeluarkan pek pembungkusan baharu dengan slogan ‘Taste the rainbow’ yang tertera frasa ‘Black Trans Lives Matter’.

Foto: Paket jenama Skittles yang menunjukkan sokongan kepada ideologi LGBTQ+.
Pengguna Skittles dilaporkan memboikot syarikat itu atas pendekatan ‘woke’ menyokong komuniti LGBTQ+.
Laman sesawang Skittles.com juga memperlihatkan pilihan klik tertera “SKITTLES Pride” dan animasi “There’s a story in every rainbow” jika ia diklik.
“Kami menyerahkan pelangi kami supaya komuniti LGBTQ+ boleh berkongsi pelangi mereka,” kata syarikat itu dipetik Fox News.
Syarikat itu turut menukar pembungkusan berwarna pelanginya dengan konsep mesra LGBTQ rekaan khas hasil kerjasama dengan Gay & Lesbian Alliance Against Defamation.
Ilustrasi kanak-kanak di papan seluncur dengan frasa “skate & live”, “joy is resistance” dan “black trans lives matter” menimbulkan kebimbangan besar pengguna produk itu.
Libs of Tik Tok menulis di platform X bahawa Skittles cuba menjadikan kanak-kanak sebagai aktivis BLM & LGBTQ+.
Pengguna X @RWMaloneMD berkata ia bukan sekadar kesalahan jenama ‘Skittles’ tetapi syarikat itu, Mars Inc. – The Merdeka Times
Sumber: Fox News

You must be logged in to post a comment Login