Connect with us

Terkini

Rogol dua anak kandung, bapa dipenjara 702 tahun dan 234 sebatan

Seorang lelaki dihukum penjara 702 tahun dan 234 sebatan atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Rogol dua anak kandung, bapa dipenjara 702 tahun dan 234 sebatan
Foto: Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar.
  • Seorang lelaki dihukum penjara 702 tahun dan 234 sebatan atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu. 
  • Tertuduh berusia 53 tahun itu mengaku bersalah sejurus kesemua tuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Muar.
  • Pekerja pembersihan itu dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap kedua-dua anak perempuannya ketika mereka berusia sembilan dan 10 tahun.
  • Kejadian berlaku sejak tahun 2017 dan kali terakhir pada 9 Julai lalu di dua rumah berbeza di Muar. 
  • Hakim Abu Manat mengarahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, 10 Julai lalu. 

MUAR – Seorang lelaki dihukum penjara 702 tahun dan 234 sebatan atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu. 

Tertuduh berusia 53 tahun itu mengaku bersalah sejurus kesemua tuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Muar.

Pekerja pembersihan itu dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap kedua-dua anak perempuannya ketika mereka berusia sembilan dan 10 tahun.

Kejadian berlaku sejak tahun 2017 dan kali terakhir pada 9 Julai lalu di dua rumah berbeza di Muar. 

Lelaki itu juga didakwa melakukan perbuatan amang seksual ke atas kedua-dua mangsa di lokasi dan tarikh sama. 

Hakim Abu Manat mengarahkan hukuman terhadap tertuduh dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, 10 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Kesalahan Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 16(1) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Berita RTM

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending