Connect with us

Ekonomi

Rakyat dijangka nikmati gaji lebih tinggi tahun hadapan – Rafizi

Rakyat dijangka boleh menikmati gaji lebih tinggi pada tahun hadapan melalui pengumuman Belanjawan 2024, yang akan dibentangkan Oktober ini.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat dijangka nikmati gaji lebih tinggi tahun hadapan - Rafizi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat dijangka boleh menikmati gaji lebih tinggi pada tahun hadapan melalui pengumuman Belanjawan 2024, yang akan dibentangkan Oktober ini.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kenaikan gaji rakyat itu akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan kerajaan melalui hala tuju penggajian rakyat.
  • Rafizi berkata, walaupun ekonomi negara belum pulih, namun kerajaan berada pada landasan yang baik dalam aspek penyelesaiannya.
  • Katanya, usaha Kerajaan Perpaduan setakat ini sudah menunjukkan hasil awalnya termasuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan yang berterusan, selain inflasi bulanan berjaya diturunkan pada paras terendah dalam tempoh 12 bulan.

KUALA LUMPUR: Rakyat dijangka boleh menikmati gaji lebih tinggi pada tahun hadapan melalui pengumuman Belanjawan 2024, yang akan dibentangkan Oktober ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kenaikan gaji rakyat itu akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan kerajaan melalui hala tuju penggajian rakyat.

“Hala tuju penggajian sudah ada, rakyat akan mula rasa gaji lebih tinggi tahun hadapan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan peruntukan kerajaan untuk menaikkan gaji rakyat, melalui Belanjawan dibentangkan Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang disiarkan secara langsung di RTM.

Pada masa sama, Rafizi berkata, walaupun ekonomi negara belum pulih, namun kerajaan berada pada landasan yang baik dalam aspek penyelesaiannya.

Katanya, usaha Kerajaan Perpaduan setakat ini sudah menunjukkan hasil awalnya termasuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan yang berterusan, selain inflasi bulanan berjaya diturunkan pada paras terendah dalam tempoh 12 bulan.

“Minat pelabur juga semakin pulih bukan saja (pelabur) besar, namun juga pelabur dana pendek yang kembali ke bursa saham pada kadar lebih tinggi berbanding negara serantau ASEAN dalam tempoh dua bulan.

“Kalau kita kekal berada pada landasan ini, Malaysia mampu sertai senarai negara berpendapatan tinggi atau negara maju antara tahun 2026 hingga 2028,” katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, tidak timbul Anwar mengawal kedua-dua perbelanjaan iaitu membabitkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan walaupun Perdana Menteri itu memegang jawatan Menteri Kewangan.

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri buat pertama kalinya melepaskan kuasa perbelanjaan pembangunan kepada Kementerian Ekonomi, di bawahnya.

“Perbelanjaan negara ada dua bahagian iaitu perbelanjaan mengurus dan pembangunan, perbelanjaan mengurus adalah pembayaran gaji, hutang dan sebagainya yang tidak sangat membabitkan perbelanjaan besar. Itu di bawah Kementerian Kewangan.

“Perbelanjaan pembangunan pula membabitkan projek membina jalan, membuat bangunan di bawah Kementerian Ekonomi, Perdana Menteri daripada kuasa berbelanja adalah lebih rendah daripada saya.

“Tidak pernah ada Perdana Menteri melepaskan kuasa perbelanjaan pembangunan, hanya Anwar lepaskan kepada saya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending