Antarabangsa
Papan iklan elektronik dimatikan selepas digodam dengan siaran pornografi
Pihak berkuasa Iraq mematikan papan pengiklanan elektronik di Baghdad selepas salah satu skrin iklan itu digodam dan memaparkan rakaman lucah kepada umum.
- Pihak berkuasa Iraq mematikan papan pengiklanan elektronik di Baghdad selepas salah satu skrin iklan itu digodam dan memaparkan rakaman lucah kepada umum.
- Menurut Shafaq News, pihak berkuasa keselamatan Iraq memutuskan untuk mematikan sementara skrin itu pada Ahad lalu sejurus insiden tersebut berlaku.
- Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq berkata kandungan pornografi itu disiarkan pada skrin di Dataran Uqba bin Nafeh, sebuah jalan raya sibuk di tengah Baghdad.
- Hasil siasatan awal menunjukkan tertuduh melakukannya kerana mempunyai masalah kewangan dengan pemilik syarikat yang memiliki skrin iklan tersebut.
Pihak berkuasa Iraq mematikan papan pengiklanan elektronik di Baghdad selepas salah satu skrin iklan itu digodam dan memaparkan rakaman lucah kepada umum.
Menurut Shafaq News, pihak berkuasa keselamatan Iraq memutuskan untuk mematikan sementara skrin itu pada Ahad lalu sejurus insiden tersebut berlaku.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq berkata kandungan pornografi itu disiarkan pada skrin di Dataran Uqba bin Nafeh, sebuah jalan raya sibuk di tengah Baghdad.
Sementara itu, seorang lelaki ditahan polis selepas rakaman itu disiarkan kepada khalayak ramai, lapor media tempatan yang dipetik CNN News.
Tertuduh telah ditangkap selepas pihak kami mendapat kelulusan kehakiman, melakukan kerja lapangan, pengauditan dan pemantauan kamera pengawasan, kata Agensi Perisikan dan Siasatan Persekutuan Iraq dalam kenyataannya di Facebook.
Kenyataan agensi itu berkata, hasil siasatan awal mendapati tertuduh melakukannya kerana mempunyai masalah kewangan dengan pemilik syarikat yang memiliki skrin iklan itu.
Walaupun kerajaan telah mematikan skrin pengiklanan elektronik di Baghdad, beberapa skrin pengiklanan elektronik kini beroperasi.
Awal bulan ini, pengawal selia media rasmi Iraq mengarahkan pengharaman penggunaan istilah “homoseksualiti” semua media dan syarikat media sosial yang beroperasi di negara Arab ini dan menggantikan dengan perkataan “penyelewengan seksual”.
Sumber: CNN News