Connect with us

Antarabangsa

Lelaki didakwa lebih 1,600 pertuduhan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 tuduhan rogol

Seorang bekas pekerja penjagaan kanak-kanak yang dituduh menyerang 91 kanak-kanak di dua negeri di Australia, didakwa atas 1,623 kesalahan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan merogol gadis pra-remaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki didakwa lebih 1,600 pertuduhan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 tuduhan rogol
Foto: Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Polis Australia, Justine Gough.
  • Seorang bekas pekerja penjagaan kanak-kanak yang dituduh menyerang 91 kanak-kanak di dua negeri di Australia, didakwa atas 1,623 kesalahan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan merogol gadis pra-remaja.
  • Kesalahan lelaki berasal dari Gold Coast itu didakwa berkaitan dengan 87 kanak-kanak di Australia dan empat di luar negara membabitkan 110 pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
  • Polis mendakwa lelaki berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan terbabit di 10 pusat jagaan kanak-kanak di Brisbane antara 2007 hingga 2013 dan 2018 hingga 2022.
  • Lelaki itu selanjutnya didakwa melakukan kesalahan di sebuah pusat di Sydney antara 2014 hingga 2017 serta di luar negara antara 2013 hingga 2014.
  • Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Polis Australia, Justine Gough pada Selasa menyifatkan dakwaan kesalahan melibatkan kanak-kanak perempuan pra-remaja itu sebagai “tidak dapat diduga” dan “berita menyeramkan”.

Seorang bekas pekerja penjagaan kanak-kanak yang dituduh menyerang 91 kanak-kanak di dua negeri di Australia, didakwa atas 1,623 kesalahan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan merogol gadis pra-remaja.

Kesalahan lelaki berasal dari Gold Coast itu didakwa berkaitan dengan 87 kanak-kanak di Australia dan empat di luar negara serta 110 pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Polis mendakwa lelaki berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan terbabit di 10 pusat jagaan kanak-kanak di Brisbane antara 2007 hingga 2013 dan 2018 hingga 2022.

Lelaki itu selanjutnya didakwa melakukan kesalahan di sebuah pusat di Sydney antara 2014 hingga 2017 serta di luar negara antara 2013 hingga 2014.

Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Polis Australia, Justine Gough berkata lelaki itu didakwa merakam kesalahan itu pada telefon dan kameranya.

Beliau pada Selasa menyifatkan dakwaan kesalahan yang kesemuanya melibatkan kanak-kanak perempuan pra-remaja itu sebagai “tidak dapat diduga” dan “berita menyeramkan”.

“Kami amat yakin bahawa kesemua 87 kanak-kanak Australia yang direkodkan dalam dakwaan bahan penderaan kanak-kanak telah dikenal pasti,” kata Gough dipetik news.com.au.

“Ibu bapa kepada semua kanak-kanak Australia yang direkodkan dalam bahan yang dikatakan penderaan kanak-kanak telah dimaklumkan mengenai siasatan.

“Beberapa individu yang dikenal pasti dalam bahan yang dikatakan penderaan kanak-kanak kini berusia lebih 18 tahun dan telah dimaklumkan,” kata penolong pesuruhjaya polis wanita itu.

Beliau berkata pegawai masih bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang luar negara untuk menentukan identiti empat lagi kanak-kanak.

Polis mendakwa empat kanak-kanak itu didera di lokasi di luar negara tetapi tidak menyatakan di mana, sementara siasatan diteruskan.

Sumber: News Wire

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *