Connect with us

Terkini

Kenapa hentam PAS sambil ejek Islam? – Firdaus Wong

Seorang individu dilihat seolah-olah mengambil kesempatan mengejek dan menghina agama Islam ketika beliau menghentam parti lawan (PAS) di pentas ceramah DAP dalam video tular di media sosial semalam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Kenapa hentam PAS sambil ejek Islam? – Firdaus Wong
Foto: Bekas ahli DAP, Lee Khai Ming (kiri) & Pendakwah Bebas, Firdaus Wong (kanan).
  • Seorang individu dilihat seolah-olah mengambil kesempatan mengejek dan menghina agama Islam ketika beliau menghentam parti lawan (PAS) di pentas ceramah DAP dalam video tular di media sosial semalam. 
  • Perkara itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dalam hantarannya di Facebook semalam.
  • Firdaus menegaskan individu itu boleh sahaja mengkritik polisi dan pemimpin parti lawan atau sebarang perkara lain di pentas politik, namun tidak sepatutnya menghina agama Islam.
  • “Kenapa mesti sebut bila teringat mereka yang ‘PAU TAU’ (membalut kepala: berserban/berkopiah/bertudung), teringat memotong kemaluan? Atau sengaja ambil kesempatan hentam PAS untuk ejek Islam?
  • “Ada PAS paksa sesiapa potong kemaluan ke sehingga teringat PAU TAU teringat potong kemaluan? Kalau tiada maka apakah individu ini menyelam sambil minum air yakni menghentam PAS sambil mengejek Islam dan Muslim?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis susulan tular klip video memaparkan seorang individu berucap dalam bahasa Kantonis di program DAP yang didakwa mengejek Islam dengan mengeluarkan kenyataan berbaur isu 3R (kaum, agama dan raja).
  • Susulan penularan video itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, klip video melibatkan ahli parti itu bukannya dirakam semasa tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN), tetapi pada Jun lalu.

KUALA LUMPUR — Seorang individu dilihat seolah-olah mengambil kesempatan mengejek dan menghina agama Islam ketika beliau menghentam parti lawan (PAS) di pentas ceramah DAP dalam video tular di media sosial semalam. 

Perkara itu didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dalam hantarannya di Facebook semalam.

Firdaus menegaskan individu itu boleh sahaja mengkritik polisi dan pemimpin parti lawan atau sebarang perkara lain di pentas politik, namun tidak sepatutnya menghina agama Islam.

“Nak berpolitik dan menghentam PAS, silakan.. Biasalah parti politik hentam menghentam. Kenapa mesti perlu libatkan Islam? Individu ini menggelarkan parti PAS sebagai “PAU TAU TONG” (Parti Balut Kepala [berserban/berkopiah/bertudung])

“Kenapa mesti sebut bila teringat mereka yang ‘PAU TAU’ (membalut kepala: berserban/berkopiah/bertudung), teringat memotong kemaluan? Atau sengaja ambil kesempatan hentam PAS untuk ejek Islam?

“Ada PAS paksa sesiapa potong kemaluan ke sehingga teringat PAU TAU teringat potong kemaluan? Kalau tiada maka apakah individu ini menyelam sambil minum air yakni menghentam PAS sambil mengejek Islam dan Muslim?” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan tular klip video memaparkan seorang individu berucap dalam bahasa Kantonis di program anjuran DAP yang didakwa mengejek Islam dengan mengeluarkan kenyataan berbaur isu 3R (kaum, agama dan raja).

Mengulas lanjut, Firdaus mendakwa individu itu bukan sahaja mengkritik PAS, namun mengutuk UMNO dan MCA di mana kononnya kedua-dua parti itu turut beratur untuk memohon maaf dengan DAP.

Katanya, perkataan kesat dilontarkan individu terbabit di sepanjang video itu juga disifatkan tidak terkira hitungannya.

“Andai isu 3R dilarang, maka semua pihak tanpa mengira parti yang memainkan isu 3R tanpa terkecuali perlu dikenakan tindakan.

“Kita hidup di Malaysia yang ramai orang bukan Cina juga memahami dialek Cina seperti Kantonis yang digunakan individu ini. Cukuplah.

“Nak kritik PAS, silakan. Kritik polisi mereka, kritik pemimpin mereka, kritik lah apa pun tapi jangan sesekali jadikan agama saya, agama Islam sebagai bahan ejekan dan kutukan kalian!” katanya.

Susulan penularan video itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, klip video melibatkan ahli parti itu bukannya dirakam semasa tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN), tetapi pada Jun lalu.

Katanya, kenyataan dibuat ahli berstatus biasa itu tidak mewakili pandangan seluruh pimpinan DAP.

Setelah menjalankan siasatan dalaman, beliau mengarahkan status keahlian individu itu digantung serta-merta sementara Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan susulan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author