Connect with us

Terkini

Kelompok tolak vaksin, PATI antara punca batuk kokol meningkat

Kelompok menolak vaksin dan kemasukan warga asing dalam Malaysia antara punca berlakunya peningkatan penyakit batuk kokol atau pertussis.

faizah21

Published

on

Kelompok tolak vaksin, PATI antara punca batuk kokol meningkat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kelompok menolak vaksin dan kemasukan warga asing dalam Malaysia antara punca berlakunya peningkatan penyakit batuk kokol atau pertussis.
  • Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UniSZA, Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, kelompok warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti Rohingya dan Sulu secara umumnya tidak divaksin.
  • “Justeru kita perlu mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mengenal pasti golongan yang belum divaksin untuk mereka diberikan vaksin segera,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini. 
  • Dr Ihsanuddin berkata masyarakat perlu memastikan setiap anak yang dilahirkan mendapatkan vaksin penuh sebagaimana disarankan Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti penyakit pertussis.
  • Katanya, perkara itu juga dapat memastikan kadar perlindungan herd immunity dalam masyarakat kekal tinggi seiring peningkatan kadar individu divaksin.

KUALA LUMPUR – Kelompok menolak vaksin dan kemasukan warga asing dalam Malaysia antara punca berlakunya peningkatan penyakit batuk kokol atau pertussis.

Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UniSZA, Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, kelompok warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti Rohingya dan Sulu secara umumnya tidak divaksin.

“Risiko jangkitan penyakit-penyakit cegahan vaksin kini semakin meningkat bukan sahaja disebabkan golongan yang menolak vaksin tetapi oleh kemasukan warga asing yang tidak divaksin.

“Anak-anak mereka yang lahir di Malaysia pula tidak divaksin kerana perlu membayar penuh caj vaksin. 

“Justeru kita perlu mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mengenal pasti golongan yang belum divaksin untuk mereka diberikan vaksin segera,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) yang sedang melanda masyarakat kebelakangan ini. 

Dr Ihsanuddin berkata ibu bapa perlu memastikan setiap anak yang dilahirkan mendapatkan vaksin penuh sebagaimana disarankan Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti penyakit pertussis.

Perkara itu dapat memastikan kadar perlindungan herd immunity dalam masyarakat kekal tinggi sekali gus melindungi anak-anak yang masih belum menerima vaksin. 

“Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bacteria Bordetella Pertussis dan ia boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pada usia dua, tiga dan lima bulan dan booster pada usia 18 bulan. 

“Kesan vaksin boleh menurun apabila meningkat dewasa dan booster boleh diberikan kepada golongan berisiko seperti ibu-ibu hamil dan ini sedang dalam kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.— The Merdeka Times

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending