Terkini
Kelompok tolak vaksin, PATI antara punca batuk kokol meningkat
Kelompok menolak vaksin dan kemasukan warga asing dalam Malaysia antara punca berlakunya peningkatan penyakit batuk kokol atau pertussis.
- Kelompok menolak vaksin dan kemasukan warga asing dalam Malaysia antara punca berlakunya peningkatan penyakit batuk kokol atau pertussis.
- Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UniSZA, Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, kelompok warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti Rohingya dan Sulu secara umumnya tidak divaksin.
- “Justeru kita perlu mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mengenal pasti golongan yang belum divaksin untuk mereka diberikan vaksin segera,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.
- Dr Ihsanuddin berkata masyarakat perlu memastikan setiap anak yang dilahirkan mendapatkan vaksin penuh sebagaimana disarankan Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti penyakit pertussis.
- Katanya, perkara itu juga dapat memastikan kadar perlindungan herd immunity dalam masyarakat kekal tinggi seiring peningkatan kadar individu divaksin.
KUALA LUMPUR – Kelompok menolak vaksin dan kemasukan warga asing dalam Malaysia antara punca berlakunya peningkatan penyakit batuk kokol atau pertussis.
Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UniSZA, Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, kelompok warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seperti Rohingya dan Sulu secara umumnya tidak divaksin.
“Risiko jangkitan penyakit-penyakit cegahan vaksin kini semakin meningkat bukan sahaja disebabkan golongan yang menolak vaksin tetapi oleh kemasukan warga asing yang tidak divaksin.
“Anak-anak mereka yang lahir di Malaysia pula tidak divaksin kerana perlu membayar penuh caj vaksin.
“Justeru kita perlu mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mengenal pasti golongan yang belum divaksin untuk mereka diberikan vaksin segera,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes jangkitan Pertussis (batuk kokol) yang sedang melanda masyarakat kebelakangan ini.
Dr Ihsanuddin berkata ibu bapa perlu memastikan setiap anak yang dilahirkan mendapatkan vaksin penuh sebagaimana disarankan Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti penyakit pertussis.
Perkara itu dapat memastikan kadar perlindungan herd immunity dalam masyarakat kekal tinggi sekali gus melindungi anak-anak yang masih belum menerima vaksin.
“Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bacteria Bordetella Pertussis dan ia boleh dicegah dengan pengambilan vaksin pada usia dua, tiga dan lima bulan dan booster pada usia 18 bulan.
“Kesan vaksin boleh menurun apabila meningkat dewasa dan booster boleh diberikan kepada golongan berisiko seperti ibu-ibu hamil dan ini sedang dalam kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.— The Merdeka Times