Antarabangsa
Kanak-kanak Muslim berusia lima tahun dirogol, cuba dibunuh di ladang tebu
Seorang kanak-kanak berumur lima tahun dari keluarga Muslim dirogol dan cuba dibunuh seorang lelaki berumur 40 tahun di Ramnagar, daerah Barabanki di Uttar Pradesh, India.
- Seorang kanak-kanak berumur lima tahun dari keluarga Muslim dirogol dan cuba dibunuh seorang lelaki berumur 40 tahun di Ramnagar, daerah Barabanki di Uttar Pradesh, India.
- Mangsa pada mulanya dikatakan bermain dengan anak lelaki tertuduh itu sebelum dia bertindak merogol dan meninggalkan mangsa yang dipercayai telah mati di sebuah ladang tebu.
- Kanak-kanak perempuan itu berasal dari komuniti minoriti dari sebuah keluarga beragama Islam, demikian lapor Siasat Daily.
- Anak lelaki tertuduh memaklumkan ayahnya yang membawa pergi kawannya itu, sebelum mangsa dijumpai terbaring berlumuran darah di sebuah ladang tebu.
- “Setelah merogol, Rinku (tertuduh) cuba membunuhnya, tetapi dia (kemudiannya didapati) masih bernyawa,” kata Ibu mangsa berkata kepada media penuh hiba.
Seorang kanak-kanak berumur lima tahun dari keluarga Muslim dirogol dan cuba dibunuh seorang lelaki berumur 40 tahun di Ramnagar, daerah Barabanki di Uttar Pradesh, India.
Mangsa pada mulanya dikatakan bermain dengan anak lelaki tertuduh itu sebelum dia bertindak merogol dan meninggalkan mangsa yang dipercayai telah mati di sebuah ladang tebu.
Kanak-kanak perempuan itu berasal dari komuniti minoriti dari sebuah keluarga beragama Islam, demikian lapor Siasat Daily.
Pegawai polis tempatan, Ankit Tripathi berkata tertuduh dan mangsa tinggal di kawasan yang sama.
Tertuduh, Rinku Verma, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu dengan membawa mangsa bermain dengan anak lelakinya ke satu tempat terpencil lain.
Keluarga mangsa risau apabila anak kecil itu tidak pulang ke rumah dalam satu jangka masa sehingga mereka bertindak keluar mencarinya.
Anak lelaki tertuduh memaklumkan ayahnya yang membawa pergi kawannya itu, sebelum mangsa dijumpai terbaring berlumuran darah di sebuah ladang tebu.
“Setelah merogol, Rinku cuba membunuhnya, tetapi dia (kemudiannya didapati) masih bernyawa,” kata ibu mangsa berkata kepada media penuh hiba.
Laporan maklumat pertama (FIR) dan penahanan suspek telah dibuat, kata pegawai polis itu.
Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) digunakan dalam kes itu untuk memastikan tertuduh mendapat hukuman berat.
Sumber: Siasat Daily, Hindustan Times