Connect with us

Terkini

Jamal pun sokong Kerajaan Perpaduan, DAP lawan parti lebai – Lee Khai Ming

Kehadiran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di majlis makan malam Parti Tindakan Demokratik (DAP) menunjukkan sokongan beliau kepada Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Jamal pun sokong Kerajaan Perpaduan, DAP lawan parti lebai – Lee Khai Ming
Foto: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
  • Kehadiran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di majlis makan malam Parti Tindakan Demokratik (DAP) menunjukkan sokongan beliau kepada Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
  • Ahli DAP, Lee Khai Ming menerusi penstriman video ‘live’ di Facebooknya berkata, Jamal sebelum ini merupakan lawan kepada DAP apabila beliau melancarkan Himpunan Baju Merah sebagai tindak balas kepada Himpunan Bersih pada tahun 2015. 
  • “Jamal yang ekstrem juga sanggup menyokong kita (DAP). Cuba kalian bayangkan betapa dahsyatnya tahap ekstrem Hadi (Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang), ” kata Khai Ming mengulas isu kehadiran Jamal di majlis mengumpul dana DAP Sekinchan pada 15 Julai lalu.
  • Sebelum ini, sebuah video menunjukkan Khai Ming yang dilihat menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) dengan mengejek dan menghina Islam ketika dia mengecam parti PAS dalam majlis anjuran parti politik itu pada Jun lalu, yang kembali tular di media sosial semalam.
  • Video dalam bahasa Kantonis itu antara lain didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menegaskan individu itu boleh sahaja mengkritik polisi dan pemimpin parti lawan atau sebarang perkara lain, namun tidak sepatutnya menghina agama Islam.

Kehadiran Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos di majlis makan malam Parti Tindakan Demokratik (DAP) menunjukkan sokongan beliau kepada Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Ahli DAP, Lee Khai Ming menerusi penstriman video ‘live’ di Facebooknya berkata, Jamal sebelum ini merupakan lawan kepada DAP apabila beliau melancarkan Himpunan Baju Merah sebagai tindak balas kepada Himpunan Bersih pada tahun 2015. 

“Dalam isu ini, kita boleh nampak kita semua begitu berusaha untuk mengekalkan kerajaan perpaduan.

“Nampak kerajaan perpaduan ini begitu berusaha menentang ‘askar hijau’, menentang ‘katak’ (PAS), menentang teokrasi mereka, tidak benarkan teokrasi parti lebai bangkit.

“Jamal yang ekstrem juga sanggup menyokong kita (DAP). Cuba kalian bayangkan betapa dahsyatnya tahap ekstrem Hadi (Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang), ” kata Khai Ming mengulas isu kehadiran Jamal di majlis mengumpul dana DAP Sekinchan pada 15 Julai lalu.

Khai Ming berterima kasih kepada pengundi bangsa Cina dan India yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu sehingga Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, sebuah video menunjukkan Khai Ming yang dilihat menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) dengan mengejek dan menghina Islam ketika dia mengecam parti PAS dalam majlis anjuran parti politik itu pada Jun lalu, yang kembali tular di media sosial semalam.

Video dalam bahasa Kantonis itu antara lain didedahkan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang menegaskan individu itu boleh sahaja mengkritik polisi dan pemimpin parti lawan atau sebarang perkara lain, namun tidak sepatutnya menghina agama Islam.

Susulan penularan video itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan mengarahkan supaya status keahlian Khai Ming digantung serta-merta sementara Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan susulan. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Lee Khai Ming

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *