Connect with us

Terkini

Islamofobia sekat kemaraan umat Islam – PM

Kerajaan akan menyediakan peruntukan dan sokongan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada umat Islam sebagai usaha menangani Islamofobia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia sekat kemaraan umat Islam – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan akan menyediakan peruntukan dan sokongan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada umat Islam sebagai usaha menangani Islamofobia.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata ia penting kerana Islamofobia terbukti telah mewujudkan penjajahan imperialisme dan menyekat kemaraan Islam.
  • Katanya, pemikir Palestin Edward Said menyatakan yang golongan menentang Islam itu jahil dan dangkal tentang Islam.
  • “Negara ini akan melindungi hak setiap warganegara termasuk yang bukan Islam (sama ada penganut) kristian, hindu atau buddha di negara ini,” katanya berucap sempena Majlis perasmian dan pembukaan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 di ibu negara Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan peruntukan dan sokongan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada umat Islam sebagai usaha menangani Islamofobia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia penting kerana Islamofobia terbukti telah mewujudkan penjajahan imperialisme dan menyekat kemaraan Islam.

“Saya telah meyakinkan dan secara berterusan mengulangi walaupun Islam adalah agama persekutuan di negara ini,  akidah dan kesucian agama akan dipertahankan. Kita akan terus mempromosikan Islam dan menyediakan peruntukan dan sokongan yang mencukupi untuk latihan, untuk memahami Islam dan melaksanakan program dan pembaharuan Islam” katanya.

Malah, katanya, pemikir Palestin Edward Said menyatakan yang golongan menentang Islam itu jahil dan dangkal tentang Islam.

“Oleh itu tanggungjawab kita di negara ini dalam mengungkapkan idea Malaysia Madani mestilah cuba mengangkat martabat umat negara ke arah lebih baik. Kita mampu sekiranya kita bersatu, kita mampu sekiranya kita memberikan tekad usaha yang lebih untuk memahami al-Quran, baca dan berikan penjelasan, pencerahan tentang apa maksud Islam dalam negara pelbagai kaum, pelbagai agama”.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, kerajaan akan tetap menyantuni dan memberi jaminan keselesaan hidup kepada semua warganya.

“Negara ini akan melindungi hak setiap warganegara termasuk yang bukan Islam (sama ada penganut) kristian, hindu atau buddha di negara ini,” katanya.

Datuk Seri Anwar berucap sempena Majlis perasmian dan pembukaan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 di ibu negara Sabtu lalu.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar.

Sejumlah 72 peserta dari 52 negara menyertai MTHQA yang berlangsung bermula 19 Ogos sehingga 24 Ogos depan.

MTHQA kali ini bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

Sumber: Buletin TV3

Author