Terkini
Guna logo, tema berbeza Hari Kebangsaan tindakan ‘gila’ – Nga Kor Ming
Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan perpecahan dalam negara dengan merancang untuk menggunakan logo dan tema berbeza dalam sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri ditadbirnya, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
- Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan perpecahan dalam negara dengan merancang untuk menggunakan logo dan tema berbeza dalam sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri ditadbirnya, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
- Kor Ming juga menyifatkan tindakan empat negeri di bawah pemerintahan PN itu sebagai tindakan gila.
- Mengulas dakwaan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari bahawa tema Hari Kebangsaan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” adalah satu manipulasi politik, Kor Ming berkata tema Hari Kebangsaan itu seiring dengan konsep tadbir urus Kerajaan Persekutuan yang merupakan ciri yang konsisten dengan tahun-tahun sebelum ini.
- Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Fadhli berkata negeri yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif iaitu”Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.
- Media melaporkan negeri diperintah PH (Pakatan Harapan) juga pernah menggunakan logo dan tema berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, misalnya Selangor yang tidak menggunakan logo Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu dengan memilih logonya sendiri.
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) cuba mewujudkan perpecahan dalam negara dengan merancang untuk menggunakan logo dan tema berbeza dalam sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri ditadbirnya, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Kor Ming juga menyifatkan tindakan empat negeri di bawah pemerintahan PN itu sebagai tindakan gila.
“Pilihan raya enam negeri telah selesai, persaingan antara parti politik telah berakhir. PN harus segera berhenti memanipulasi politik kerana tugas utama kerajaan negeri adalah untuk kembali ke tempat kerja masing-masing dan fokus kepada perkhidmatan tadbir urus serta manfaat rakyat.
“Lebih penting, sebagai kerajaan empat negeri, PN harus menumpukan perhatian kepada peningkatan prestasi tadbir urusnya dan bukannya mempolitikkan Hari Kebangsaan yang menyatupadukan rakyat, mengambil peluang untuk mencetuskan kekacauan dan memecahbelahkan masyarakat,” kata Kor Ming dipetik China Press.
Mengulas dakwaan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari bahawa tema Hari Kebangsaan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” adalah satu manipulasi politik, Kor Ming berkata tema Hari Kebangsaan itu seiring dengan konsep tadbir urus Kerajaan Persekutuan yang merupakan ciri yang konsisten dengan tahun-tahun sebelum ini.
Beliau bertanya kepada Ahmad Fadhli sama ada beliau terlupa tema Hari Kebangsaan yang digunakan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga selari dengan slogan “Keluarga Malaysia”.
Kor Ming mendakwa PN jelas tidak sanggup menunggu lima tahun lagi, melakukan segala yang mungkin untuk mempolitikkan semua isu termasuk Hari Kebangsaan untuk mengulangi Langkah Sheraton.
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Fadhli berkata negeri yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif iaitu “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.
Media melaporkan negeri diperintah PH (Pakatan Harapan) juga pernah menggunakan logo dan tema berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, misalnya Selangor yang tidak menggunakan logo Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu dengan memilih logonya sendiri.
Malaysiakini melaporkan negeri itu tidak menggugurkan perkataan “Keluarga Malaysia” dalam tema tahun lalu, sebaliknya mengekalkan “Teguh Bersama”, selain semakan di media sosial Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menunjukkan kerajaan negeri itu juga tidak menggunakan logo Hari Kebangsaan pentadbiran Muhyiddin Yassin pada 2020 dan 2021.
Malah pada 2020, Amirudin didapati menggunakan tema yang berbeza sama sekali dengan Kerajaan Persekutuan iaitu “Kita Merdeka” dan bukannya “Malaysia Prihatin”.
Tema “Malaysia Prihatin” hanya digunakan pada 2021 tetapi tanpa logo, lapor portal media berkenaan. – The Merdeka Times
Sumber: China Press