Terkini
Guan Eng kalah saman fitnah, diarah bayar RM250,000 kepada Azeez Rahim
Mahkamah Rayuan memerintahkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng membayar ganti rugi RM250,000 kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim lima tahun lalu.
- Mahkamah Rayuan memerintahkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng membayar ganti rugi RM250,000 kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim lima tahun lalu.
- Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Azizah Nawawi, mempengerusikan panel tiga hakim mendengar rayuan itu berkata, Lim tidak berhak untuk bergantung pada pembelaan justifikasi, komen yang adil atau perlindungan bersyarat, lapor The Edge.
- Panel itu, termasuk Hakim Mariana Yahya dan Azimah Omar, turut memerintahkan Lim membayar kos RM70,000.
PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng membayar ganti rugi RM250,000 kerana memfitnah bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim lima tahun lalu.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Azizah Nawawi, mempengerusikan panel tiga hakim mendengar rayuan itu berkata, Lim tidak berhak untuk bergantung pada pembelaan justifikasi, komen yang adil atau perlindungan bersyarat, lapor The Edge.
Panel itu, termasuk Hakim Mariana Yahya dan Azimah Omar, turut memerintahkan Lim membayar kos RM70,000.
Azeez merayu keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Dis 2020, yang menolak samannya terhadap Lim, bekas ketua menteri Pulau Pinang, berhubung ulasan dibuat mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Azeez memfailkan saman itu pada Mac 2018 dengan mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah semasa sidang media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang pada 28 Feb 2018, dan semasa majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama.
Pada masa itu, Lim mengaitkan Azeez dengan bayaran RM3 juta sebagai yuran perundingan daripada pemaju projek terowong dasar laut itu.
Sumber: Free Malaysia Today