Connect with us

Antarabangsa

Google bebas daripada saman 21 juta pengguna

Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan membebaskan Google daripada tindakan saman yang diambil oleh 21 juta pengguna kerana dikenakan bayaran berlebihan.

Wartawan TMT

Published

on

Google bebas daripada saman 21 juta pengguna
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hakim Amerika Syarikat (AS) membebaskan Google daripada tindakan saman yang diambil 21 juta pengguna kerana dikenakan bayaran berlebihan.
  • Syarikat gergasi media sosial itu didakwa melanggar undang-undang perlindungan pengguna Persekutuan, dengan mengenakan bayaran berlebihan di gedung aplikasi Google Play.
  • Keputusan Hakim Daerah AS, James Donato di San Francisco semalam dijangka boleh mengurangkan bebanan Google, yang dimiliki Alphabet, ke atas pengedaran aplikasi mudah alih Android.
  • Hakim Donato berkata beliau tidak dapat mengesahkan saman kelas itu serta-merta kerana Google merayu terhadap perintah dikeluarkannya pada November.
  • Tindakan saman kelas itu merangkumi pengguna dari 12 negeri AS dan lima wilayah lain, dan bukan sebahagian daripada kes sama terhadap Google yang difailkan oleh pelbagai pendakwa raya peringkat negeri.

NEW YORK: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan membebaskan Google daripada tindakan saman yang diambil oleh 21 juta pengguna kerana dikenakan bayaran berlebihan.

Syarikat gergasi media sosial itu didakwa melanggar undang-undang perlindungan pengguna Persekutuan, dengan mengenakan bayaran berlebihan di gedung aplikasi Google Play.

Keputusan oleh Hakim Daerah AS, James Donato di San Francisco semalam dijangka boleh mengurangkan bebanan Google, yang dimiliki Alphabet, ke atas pengedaran aplikasi mudah alih Android.

Pengguna sebelum ini mendakwa mereka hanya perlu membayar kadar lebih rendah untuk aplikasi dan menikmati pelbagai pilihan yang diperluaskan tetapi akses itu dihadkan selepas Google dituduh mengamalkan monopoli, namun dinafikan syarikat itu.

Donato berkata, perintah pensijilan kelas November 2022 yang dikeluarkannya juga harus dibatalkan susulan keputusan barunya semalam, tidak membenarkan seorang ahli ekonomi memberi keterangan sebagai saksi pakar mewakili pengguna, sekali gus menghapuskan ‘elemen penting’ hujah mereka untuk pensijilan.

Hakim Donato berkata beliau tidak dapat mengesahkan saman kelas itu serta-merta kerana Google merayu terhadap perintah yang dikeluarkannya pada November.

Malah, beliau turut mengarahkan peguam mewakili Google dan pengguna cuba menyelesaikan isu itu sebelum perbicaraan seterusnya pada 7 September.

Advertisement

Tindakan saman kelas itu merangkumi pengguna dari 12 negeri AS dan lima wilayah lain, dan bukan sebahagian daripada kes sama terhadap Google yang difailkan oleh pelbagai pendakwa raya peringkat negeri.

Tindakan saman kelas membolehkan plaintif menyaman sebagai satu kumpulan dan berkemungkinan memperoleh pampasan yang lebih besar pada kos yang lebih rendah, berbanding jika mereka terpaksa menyaman secara individu.

Ketika dihubungi, peguam mewakili pengguna tidak segera menjawab permintaan untuk memberi komen manakala Google dan peguamnya juga tidak memberi maklum balas.

Kes itu adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang perlindungan pengguna yang merangkumi 38 negeri dan daerah Columbia, serta syarikat merangkumi Epic Games dan Match Group. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending