Connect with us

Antarabangsa

Gagal tekan Israel, hubungan Palestin-AS pada tahap paling rendah

Hubungan antara Palestin dan Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap paling rendah apabila Washington gagal menekan Israel supaya menghentikan tindakannya terhadap Palestin, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai kanan Palestin pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Gagal tekan Israel, hubungan Palestin-AS pada tahap paling rendah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hubungan antara Palestin dan Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap paling rendah apabila Washington gagal menekan Israel supaya menghentikan tindakannya terhadap Palestin, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai kanan Palestin pada Rabu.
  • AS tidak mahu menghentikan sebarang rancangan atau projek Israel untuk “menyelamatkan proses damai yang terhenti daripada kebuntuan yang dicapai kerana tindakan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin,” kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmad Majdalani.
  • “Kami tidak mengharapkan mereka (pentadbiran AS) akan mengambil sebarang langkah praktikal dan nyata untuk menyelamatkan proses damai, yang telah mengalami koma yang mendalam,” kata Majdalani.
  • Palestin telah berulang kali menggesa AS untuk menekan Israel supaya menghentikan pencerobohannya di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, termasuk pembinaan penempatan dan serangan terhadap pekan dan bandar Palestin di Tebing Barat. Palestin juga menggesa AS untuk membuka semula konsulat AS di Baitulmaqdis Timur dan pejabat PLO di Washington.

RAMALLAH — Hubungan antara Palestin dan Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap paling rendah apabila Washington gagal menekan Israel supaya menghentikan tindakannya terhadap Palestin, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai kanan Palestin pada Rabu.

AS tidak mahu menghentikan sebarang rancangan atau projek Israel untuk “menyelamatkan proses damai yang terhenti daripada kebuntuan yang dicapai kerana tindakan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin,” kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmad Majdalani.

“Kami tidak mengharapkan mereka (pentadbiran AS) akan mengambil sebarang langkah praktikal dan nyata untuk menyelamatkan proses damai, yang telah mengalami koma yang mendalam,” kata Majdalani.

Rundingan damai secara langsung antara Israel dan Palestin telah dihentikan pada akhir Mac 2014 berikutan pertikaian mengenai penempatan Israel dan sempadan negara Palestin.

Palestin telah berulang kali menggesa AS untuk menekan Israel supaya menghentikan pencerobohannya di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, termasuk pembinaan penempatan dan serangan terhadap pekan dan bandar Palestin di Tebing Barat. Palestin juga menggesa AS untuk membuka semula konsulat AS di Baitulmaqdis Timur dan pejabat PLO di Washington.

Menyedari bahawa AS “masih rakan kongsi kepada kerajaan penjajah,” Majdalani berkata, “kita tidak boleh bergantung kepada pentadbiran Amerika.”

Pegawai itu juga mengkritik AS kerana memberikan “perlindungan selain sokongan politik dan diplomatik untuk Israel dalam pelbagai organisasi antarabangsa” serta menyalahgunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB. — BERNAMA-XINHUA

Advertisement

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending