Antarabangsa
Empat individu ditahan rogol gadis 16 tahun, termasuk di hospital kerajaan
Polis Daerah Salumbar, Rajasthan, India, menahan tiga lelaki dan seorang bawah umur yang merogol gadis berusia 16 tahun pada empat waktu berasingan.
- Polis Daerah Salumbar, Rajasthan, India, menahan tiga lelaki dan seorang bawah umur yang merogol gadis berusia 16 tahun pada empat waktu berasingan.
- Menurut polis, kejadian terbongkar selepas gadis itu melahirkan anaknya pada Jun tahun ini.
- Tertuduh termasuk ahli ilmu ghaib yang mengaku ingin menyembuhkan sakit mangsa tetapi merogol mangsa.
Polis Daerah Salumbar, Rajasthan, India, menahan tiga lelaki dan seorang bawah umur yang merogol gadis berusia 16 tahun pada empat waktu berasingan.
Menurut polis, kejadian terbongkar selepas gadis itu melahirkan anaknya pada Jun tahun ini.
Tertuduh termasuk ahli ilmu ghaib yang mengaku ingin menyembuhkan sakit mangsa tetapi merogol mangsa.
Sub-inspektor di balai polis di mana laporan maklumar pertama (FIR) dibuat berkata, tiga individu lain turut merogol gadis itu pada masa berbeza.
Semua insiden rogol mangsa itu dikatakan berlaku di premis hospital kerajaan, tempat bapa gadis itu bekerja dan sebahagian daripada tertuduh merupakan kakitangan kontrak di hospital.
Siasatan awal menunjukkan keempat-empat tertuduh tidak mengenali satu sama lain, kata polis.
Tertuduh ahli ilmu ghaib itu telah ditangkap pada Julai lalu, manakala dua individu lelaki dan seorang bawah umur ditahan pada bulan ini.
“Kami akan menjalankan ujian DNA untuk menentukan identiti bapa kanak-kanak itu,” kata pegawai polis itu dipetik The Indian Express.
Sumber:The Indian Express