Antarabangsa
Telefon bimbit, jam tangan pintar diharamkan di sekolah Belanda
Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam (Selasa).

- Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam (Selasa).
- Peranti itu hanya dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.
- “Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.
- Larangan itu hasil persetujuan kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan.
AMSTERDAM – Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam (Selasa).
Peranti itu hanya akan dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.
“Walaupun telefon mudah alih saling berkaitan dengan kehidupan kita, ia tidak boleh digunakan di dalam bilik darjah.
“Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.
Larangan itu adalah hasil persetujuan antara kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas